photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Wednesday, October 31, 2012

Abu Ayyub Al-Ansari: Sahabat Nabi yang dimuliakan rumahnya.


Nama lengkap beliau adalah Khalid bin Zaid bin Kulaib bin Tsalabah. Dikenali sebagai Abu Ayyub. Beliau dari keturunan Bani Najjar. Beliau lahir pada 586 Masihi/ 36 Tahun Sebelum Hijrah. Beliau termasuk dalam salah seorang dari kalangan 70 orang Ansar yang turut serta dalam bai'at Aqabah II.

Ketika Rasulullah S.A.W berhijrah ke Madinah pada 622 Masihi, Baginda telah ditawarkan untuk menginap di setiap rumah orang Ansar, tetapi Baginda membiarkan unta Baginda berjalan hinggalah unta itu berhenti di hadapan rumah Abu Ayyub. Rasulullah pertama kali tinggal di tingkat bawah dan Abu Ayyub di tingkat atas. Abu Ayyub terus mendesak Baginda duduk di tingkat atas kerana malu berada diatas sedangkan Rasulullah berada dibawah. Akhirnya Rasulullah menuruti keinginan Abu Ayyub. Rasulullah mempersaudarakan beliau dengan Mush'ab bin Umar.

Dikhabarkan beliau suka makan satu bekas dengan Nabi, dan menyertai setiap peperangan dari Perang Badar dan seterusnya. Beliau dikenali dengan sifat Sabar, Berani, Bertaqwa dan sangat suka berperang dijalan Allah.

Ketika berlaku Perang Siffin diantara Ali bin Abi Talib dan Muawiyyah bin Abu Suffian,beliau menyebelahi Ali. Setelah Ali meninggal dunia, beliau dan bersama orang Muslimin bergerak menuju ke konstatinopel dan beroleh syahid disana. Ketika itu tentera dibawah pimpinan Yazid bin Muawiyyah. Beliau berpesan kepada Yazid bin Muawiyyah agar dikebumikan di daerah Romawi, Konstatinopel, bermaksud inginkan kemenangan di pihak Islam. Tentera Muslimin memegang amanat itu dan beroleh kemenangan dan jasad beliau dikebumikan di depan kubu Konstatinopel.

Beliau meninggal dunia diusia 88 tahun bersamaan 674 Masihi/ 52 Hijrah. Beliau meriwayatkan 155 hadis dari Nabi. Diantaranya:

Dari Abu Ayyub al-Anshari r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.”

(Hadis Riwayat Muslim)


Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

Tuesday, October 30, 2012

Hadis 40: Bersederhana dalam kehidupan.


Daripada lbnu Umar r.a. beliau berkata:
Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari)

Pengajaran Hadis:

1) Kehidupan didunia hanya sementara, akhirat selamanya.

2) Tidak digalakkan untuk memanjangkan angan-angan kerana maut akan menjemput kita bila-bila masa.

3) Hidup sederhana bukan bermakna tidak boleh menjadi kaya, tetapi mengajar diri untuk bersederhana dalam perkara yang tidak perlu bagi kita dan tidak berlebih-lebihan.

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

Monday, October 29, 2012

Hadis 40: Tanda Keadilan dan Kasih Sayang Allah kepada HambaNYA.


Daripada lbnu 'Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah telah mengampunkan - demi keranaku - dari umatku perbuatan yang dilakukan secara tersilap, terlupa dan secara paksaan.

(Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi, Taraf Hadis ini Hasan)

Pengajaran Hadis:

1. Menunjukkan betapa luasnya kasih Allah kepada hambaNYA, kita dipertanggung jawabkan hanya atas kesilapan yang dilakukan dengan sengaja.

2. Menunjukkan tentang keadilan agama Islam, dosa tidak akan dikira sekiranya tidak sengaja dan tidak disedari atau dipaksa melakukan dosa tersebut.

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

Tuesday, October 9, 2012

Hadis 40: Amalan dan Janji Allah.


Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman: Barangsiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya. Seorang hambaKu tidak bertaqqarub (iaitu menghampirkan dirinya) kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai lebih daripada amalan yang Aku fardhukan ke atasnya. Seseorang hamba sentiasa bertaqqarub dirinya kepadaKu, dengan amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dan sekiranya dia meminta perlindungan dariKu nescaya Aku akan melindunginya.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari)

Pengajaran Hadis:

1. Keutamaan amal dan ilmu pada pandangan Allah.

2. Seseorang boleh meningkat darjatnya disisi Allah.

3. Amalan yang disukai Allah adalah amalan yang difardhukan kepada kita.

4. Kita digalakkan untuk melakukan ibadah sunat dan mendekat diri kepada Allah. Sesungguhnya ada ganjaran dari Allah atas perbuatan tersebut.

5. Sekiranya kita dipandang oleh Allah, maka sesungguhnya Allah berjanji akan memberikan kurniaNYA dan perlindungan kepada kita.

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

Tuesday, October 2, 2012

Asas Perbualan Bahasa Arab



صباح الخير             ( sobahal khair )                         : Selamat pagi  ( sapaan )

صباح النور             ( sobahannur )                            : Selamat pagi ( membalas )
  
 كيف حالك اليوم؟   ( khaifa haluka = lelaki )            : bagaimana khabar awak hari ini?
                           ( khaifa haluki = perempuan )
                 
بخير, الحمد الله         ( bikhair,alhamdulillah )             : baik,segala puji bagi-Nya

ما اسمك ؟              ( ma ismuka = lelaki )                : siapakah nama awak?           
                           ( ma ismuki = perempuan )

فاطمة / اسمي محمد   (  ismi.. )                                      : nama saya…

أين تسكن؟              ( a’ina taskunu )                          : awak tinggal di mana (L) ?
أين تسكنين؟            ( a’ina taskunina )                       : awak tinggal di mana (P) ?

أسكن في ...            ( askunu fi …. )                            : saya tinggal di….

كم عمرك ؟             ( kam umruka (L)  )                     : berapakah umur awak?
                           ( kam umruki ( P)  )

عمري ..                ( u’mri )                                         : umur saya….

أين تدرس؟             ( a’ina tadrusu )                           : dimanakah awak belajar (L) ?

 أين تدرسين؟           (a’ina tadrusiina )                         : dimanakah awak belajar (P) ?

 في ... أدرس          ( adrusu fi.. )                                 : saya belajar di…

الى اللقاء                ( ilalliqa’ )                                      : Jumpa lagi 


Sumber: Mu'tah Jordan

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

Monday, October 1, 2012

Hadis 40: Sifat Pemurah Allah yang tiada tandingan, Rebutlah membuat kebajikan.


Daripada lbnu 'Abbas r.a. daripada Rasulullah SAW, Baginda meriwayatkan suatu riwayat dari Allah SWT. Allah berfirman:

Sesungguhanya Allah telah menulis segala amal kebajikan dan amal kejahatan, kemudian Dia memperjelaskannya; maka barangsiapa yang terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan lalu dia melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sepuluh kebajikan sehingga 700 kali ganda dan sehingga berlipat-ganda yang sangat banyak. Dan sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan menulis di sisi-Nya sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan dan dia melakukannya, Allah akan menulis kejahatan itu di sisi-Nya dengan satu kejahatan sahaja.

(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Pengajaran Hadis: 

1. Allah Maha Pemurah.

2. Rebutlah peluang untuk berbuat kebaikan diatas sifat pemurah Allah.

3. Bersyukur atas kasih sayang Allah yang tiada nilai taranya.

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...