Assalamualaikum w.b.t.
Solat Jumaat adalah solat yang diadakan pada waktu Zohor yang dikhaskan kepada setiap muslim yang bergelar lelaki. Saya percaya ramai yang pergi solat jumaat tetapi adakah anda semua tahu tentang hukum yang berkaitan dengan solat jumaat? Mari kita lihat bersama-sama:
Syarat Wajib Solat Jumaat

- Islam, tidak wajib kepada orang kafir atau selain dari Islam.
- Baligh, tidak wajib kepada kanak2 kecil.
- Berakal, tidak wajib kepada orang yang tidak waras/ gila.
- Merdeka, tidak wajib kepada hamba sahaya.
- Sihat, tidak wajib kepada orang tua yang sakit/ uzur.
- Lelaki, tidak wajib kepada wanita.
- Mampu, tidak wajib kepada orang yang tidak berkemampuan.
Dalil kewajipan Solat Jumaat ada diterangkan melalui Firman Allah s.w.t. :
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)
(Al-Jumuah: ayat 9)
Syarat Mendirikan Solat Jumaat
- Hendaklah didirikan di suatu tempat dikota atau desa
- Jumlah minima jemaah Solat Jumaat adalah 40 orang.
- Waktu solat (zohor) masih ada.
Rukun-Rukun Solat Jumaat
1. Dua kali khutbah Jumaat sambil berdiri dan duduk diantara kedua-duanya.
Dari Ibnu Umar berkata:
" Nabi s.a.w. menyampaikan khutbah Jumaat sambil berdiri lalu duduk lalu berdiri seperti kalian lakukan saat ini ".
( Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim )
2. Solat 2 Rakaat.
3. Dilakukan secara berjemaah
Dari Tariq bin Syihab berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda :
" Solat Jumaat adalah kewajipan yang harus dikerjakan oleh setiap muslim secara berjemaah ".
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Sunat- Sunat Solat Jumaat
1. Mandi dan membersihkan badan sebelum berangkat.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Mandi pada hari jumaat adalah kewajiban bagi setiap orang yang pernah bermimpi (baligh)".
(Mutafaq Alaih)
2. Memakai pakaian putih.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Hendaklah kalian memakai pakaian yg berwarna putih, hendaklah orang yg hidup dari kalian memakainya dan hendaklah kalian kafani orang yg meninggal dari kalian dengannya. Sesungguhnya ia adalah sebaik-baik pakaian kalian".
(Hadis Riwayat An-Nasai)
3. Memotong Kuku.
"Rasulullah s.a.w. memotong kuku dan menggunting kumisnya pada hari Jumaat sebelum Baginda pergi solat".
(Hadis Riwayat Baihaqi dan Thabrani).
4. Memakai Wangian.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
" Setiap orang muslim wajib mandi pada hari Jumaat, mengenakan pakaian terbaik yang dimilikinya, dan jika ia mempunyai wangian maka ia menggunakannya"
(Hadis Riwayat Ahmad)
Semoga artikel sedikit sebanyak akan memberikan sedikit pengetahuan kepada sahabat-sahabat sekalian.
Wallahu'alam.

No comments:
Post a Comment