photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Friday, December 2, 2011

Hadis 40: Amalan yang tertolak


Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a. رضي الله عنها beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang bukan daripadanya, maka ia tertolak.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim. Dalam riwayat Muslim, ada hadis lain berbunyi: Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita, maka ia tertolak ( Al-Imam al-Bukhari dalam kitab ( آتاب الصلح ) bab ( باب إذا اصطلحوا على صلح جور ) nombor 2550.
Al-Imam Muslim dalam kitab ( آتاب الأقضية ) bab ( باب نقض الأحكام الباطلة ورد محدثات الأمور ) nombor 1718).


Pengajaran hadis:
1. lslam adalah agama yang sudah sempurna dasar dan prinsipnya. la tidak perlu ditokok tambah lagi.
2. Sebarang tokok tambah, ubah suai atau pengurangan yang bertentangan dengan usul agama adalah bid'ah yang diharamkan, yang ditolak dan sesat.
3. Yang dimaksudkan dengan bid'ah ialah segala perkara yang tidak berdasarkan usul agama, seumpama mereka cipta cara beribadat tertentu, seperti sembahyang cara baru, upacara keagamaan baru dan sebagainya.
4. Setiap muslim mestilah menjauhkan diri daripada terjebak dalam perbuatan bid'ah sesat, kerana ia boleh membawa kepada kehancuran diri, agama dan setengahnya pula membawa kepada kufur.
5. Cukuplah baginya berpegang teguh dengan apa yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW, demi menjamin kesejahteraan agamanya.


Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...