:::Rakan:::

Wednesday, April 2, 2014

Pengetahuan: 10 Perkara yang menyebabkan hati mati



Assalamualaikum w.b.t.

Hatimu telah mati kerana 10 perkara..

  1. Engkau mengenali Allah, tetapi tidak menunaikan hak-Nya.
  2. Engkau membaca kitab Allah tapi tidak mau mengamalkannya.
  3. Engkau mengaku bermusuhan dengan iblis, tapi mengikuti tuntunannya.
  4. Engkau mengaku cinta Rasulullah, tapi meninggalkan sunah beliau.
  5. Engkau mengaku senang surga, tapi tidak berusaha menuju padanya.
  6. Engkau mengaku takut neraka tapi tidak mengakhiri perbuatan-perbuatan dosa.
  7. Engkau mengakui kematian itu hak, tapi tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
  8. Engkau asyik meneliti aib-aib orang lain, tapi melupakan aib-aib dirimu sendiri.
  9. Engkau makan rezeki Allah, tapi tidak bersyukur kepada-Nya.
  10. Engkau menanam orang-orang mati, tetapi tidak mengambil pelajaran.
Ambil pengajaran dan sama-sama amalkan :) InsyaAllah.

Sumber copy & paste FB: Jom Dakwah Bersama Ulama ( Sila Like )

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

Saturday, March 15, 2014

Perbandingan Agama: Jilbab: Pandangan Al-Quran dan Bible ( New Statement)

Assalamualaikum w.b.t

Penulis pada hari ini akan kongsikan dengan sahabat yang bergelar wanita tidak kira beragama apa sahaja, tetapi perbincangan ini lebih tertumpu kepada Islam dan Kristian. Perkara ini adalah suatu perkara yang wajib dibuat oleh kaum wanita tetapi ramai yang tidak menghiraukannya. Mengapa? tepuk dada tanya iman.

Jilbab adalah kain atau alat yang diwajibkan kepada wanita yang beriman untuk menutup bahagian atas kepala sehinggalah melepasi bawah dada. Perkara tentang jilbab ini termasuk didalam permasalahan aurat dimana ianya adalah perkara yang WAJIB. Didalam Al-Quran ada disebutkan tentang perkara ini. Firman Allah:


Maksudnya:
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
( Surah Al-Ahzab: 33: 59 )


Maksudnya:
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
( Surah Al-A'raf: 7: 26 )


Maksudnya:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
( Surah An-Nur: 24: 31)

Hadis Nabi:

Telah menceritakan kepada kami Ya'qub bin Ka'b Al-Anthaki dan Muammal Ibnu Fadhl Al-Harrani keduanya berkata; telah menceritakan kepada kami Al Walid dari Sa'id bin Basyir dari Qatadah dari Khalid berkata; Ya'qub bin Duraik berkata dari 'Aisyah r.anha berkata bahwa Asma binti Abu Bakr masuk menemui Rasulullah s.a.w. dengan mengenakan kain yang tipis, maka Rasulullah s.a.w pun berpaling darinya. Beliau bersabda: "Wahai Asma`, sesungguhnya seorang wanita jika telah baligh tidak boleh terlihat darinya kecuali ini dan ini, beliau menunjuk wajah dan kedua telapak tangannya"
( Hadis Riwayat Abu Daud, Hadis No 3580)

Hadis Nabi:

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al-Mutsanna telah menceritakan kepada kami Hajjaj bin Minhal telah menceritakan kepada kami Hammad dari Qatadah dari Muhammad bin Sirin dari Shafiyyah binti Al-Harits dari Aisyah dari Nabi s.a.w, bahwasanya beliau bersabda: "Allah tidak menerima solat wanita yang sudah haid (baligh), kecuali dengan memakai tutup kepala."
( Hadis Riwayat Abu Daud: Hadis No 456)

Setelah melihat perkara diatas bahagian manakah yang dikatakan menutup aurat atau berjilbab itu menjadi perkara yang sunat? terang-terang ia merupakan hukum yang wajib dilakukan. Mari kita lihat pula bagaimana hukum jilbab ini disebutkan dalam Bible (New Statement):

" Jika seorang wanita tidak menudung kepala ketika berdoa atau menyampaikan pekhabaran dari Tuhan di hadapan orang ramai, dia memalukan suaminya, wanita itu seperti wanita yang kepalanya dicukur, Jika seorang wanita tidak mahu menudung kepalanya, lebih baik dia menggunting rambut. Tetapi amat memalukan jika seorang wanita dicukur kepalanya ataupun digunting rambutnya. Oleh itu, lebih baik dia menudung kepalanya"
( Bible New Statement: Kitab 1 Korintus: Bab 11, ayat 5-6)

Begitulah kewajipan yang diturunkan kepada wanita didunia ini, tidak kepada agama Islam semata-mata tetapi didalam ajaran kristian sekalipun terdapat perintah tersebut. Wanita yang tidak menutup aurat akan diazab didalam neraka seperti yang dikhabarkan dalam Hadis Nabi:

Telah menceritakan kepadaku Zuhair bin Harb; Telah menceritakan kepada kami Jarir dari Suhail dari Bapanya dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah s.a.w bersabda: "Ada dua golongan penduduk neraka yang keduanya belum pernah aku lihat. (1) Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi, yang dipergunakannya untuk memukul orang. (2) Wanita-wanita berpakaian, tetapi sama juga dengan bertelanjang (berpakaian yang jarang dan nipis serta ketat), berjalan dengan berlenggok-lenggok, mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka bagaikan punuk unta. Wanita-wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga. Padahal bau syurga itu dapat tercium dari begini dan begini."
( Hadis Riwayat Muslim: Hadis no 3971)

Moga sahabat sekalian mengambil manfaatnya. InsyaAllah. Wallahu'alam.

NOTA : Kitab Bible tidak boleh diimani oleh Masyarakat Muslim tetapi kandungan didalam blog ini hanya kajian perbandingan agama dari penulis. 

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

Sunday, March 9, 2014

Tanda-tanda orang munafik: Harus sentiasa waspada.



Assalamualaikum w.b.t.

Sebelum sifat munafik ini diterangkan dengan panjang lebar, penulis ingin membawakan kepada pembaca maksud munafik yang sentiasa menjadi musuh agama. Munafik secara umumnya merujuk kepada seseorang yang memperlihatkan keimanan pada zahirnya tetapi menyembunyikan kekafiran di dalam hatinya. Menurut Imam Nawawi, apabila orang yang beriman mempunyai dan menyerupai sifat-sifat munafik.maka ianya disebut nifak iaitu melahirkan sesuatu yang menyalahi hatinya.Allah telah merakamkan tentang munafik ini didalam Al-Quran yang berbunyi:





Maksudnya:
"Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat" padahal mereka sebenarnya tidak beriman.Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran)".
(Surah Al-Baqarah: ayat 8-10)

Itulah hakikat munafik hanya berpura dalam kebenaran. Perkara ini amat dibenci Allah kerana selain boleh merosakkan akhlak sifat ini juga boleh meruntuhkan agama kerana orang munafik ini ibarat "musuh didalam selimut" yang sentiasa mencari jalan untuk menjatuhkan Islam malahan mencemarkan nama baik Islam sendiri dengan memberikan padangan yang tidak baik kepada agama.

Diantara Sifat-sifat Munafik yang dapat dikenal pasti adalah seperti berikut:

1. Malas beribadah,melalaikan solat fardhu dan tidak ikhlas dalam menunaikan kewajipan.

2. Melakukan kemungkaran dalam sembunyi malah menyuruh kepada mungkar dan melarang kepada yang makruf.

3. Menyembunyikan ilmu,riak dan hasad dengki jika melihat kelebihan insan lain.

4. Suka bedusta serta mungkir janji, fitnah dan caci maki menjadi kebiasaan.

5. Menghalang orang dari melakukan kebaikan serta suka kepada kesesatan dan menyesatkan orang.

6. Bermuka-muka dan memang sentiasa katanya inginkan permusuhan yang meleraikan silaturahim.

7. Keluh kesah apabila ditimpa masalah dan apabila gembira tidak mensyukuri nikmat yang ada.

8. Sentiasa mengkhianati amanah yang diberi.

9. Menghalalkan perkara yang haram dan sentiasa membuat kerosakan di muka bumi.

10. Menuduh orang beriman itu bodoh,mengubah dan menggunakan ayat-ayat Allah untuk kepentingan diri serta berasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.

apa yang dinyatakan diatas adalah sebahagian daripada sifat-sifat munafik yang dapat dikenali, sifat ini amat tersembunyi hingga kita tidak dapat mengenalinya secara terperinci.

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w:

"Ada tiga tanda-tanda orang munafik,jika berkata ia dusta,jika berjanji ia mungkir, dan jika dipercayai ia khianat" (HR Muslim)

Perbuatan ini sebenarnya sudah menular dalam jiwa masyarakat Islam tanpa disedari. Oleh itu, setiap individu muslim wajib mengekang sifat ini agar diri selamat dari bahang nifak atau sifat munafik. Moga kita sama-sama menjadi insan yang sedar dan menjauhi sifat ini. InsyaAllah.

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

Saturday, March 8, 2014

Pembandingan Agama, Wuduk: Pandangan Al-Quran dan Bible Old Statement.

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini penulis ingin berkongsi dengan sahabat sekalian tentang wuduk dari pandangan Al-Quran dan juga Bible. Pandangan ini adalah hasil penelitian penulis terhadap Al-Quran dan juga Bible. Mari kita lihat terlebih dahulu wuduk mengikut ajaran Islam:

Definisi Wuduk

Dari segi istilah syara' Wudhu’ adalah nama bagi perbuatan membasuh anggota tertentu, dengan niat tertentu dan mengikut cara tertentu.

Rukun-Rukun Wuduk

  1. Berniat ketika membasuh wajah
  2. Membasuh wajah
  3. Membasuh kedua tangan hingga ke siku
  4. Mengusap sebahagian kepala
  5. Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali
  6. Tertib, atau berturutan dari awal sampai akhir.
Dalik tentang wuduk dapat dilihat didalam firman Allah:

Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.
(Surah Al-Maidah: 5: 6)

Sunat-Sunat Wuduk
  1. Membaca Basmallah
  2. Membasuh kedua-dua telapak tangan sebelum mencelupkannya kedalam bekas air.
  3. Berkumur-kumur dan istinsyaq ( memasukkan air ke dalam rongga hidung)
  4. Mengusap seluruh kepala
  5. Mengusap kedua belah telinga luar dan dalam dengan air yang baru.
  6. Menyela-nyela janggut yang tebal
  7. Membersihkan celah-celah jari tangan dan kaki
  8. Mendahulukan bahagian yang kanan daripada kiri.
  9. Bersambung-sambung.
Tambahan: Doa selepas wuduk


Melihat perkara diatas, kita telah melihat bagaimana tuntutan berwuduk itu dianjurkan didalam Islam, mari kita lihat pula berkenaan wuduk yang ada didalam kitab bible:

Didalam kitab Keluaran, Bab 30, ayat 19-21

" Harun dan anak-anaknya mesti menggunakan air untuk membasuh tangan dan kaki, sebelum masuk ke khemah atau mendekati mazbah ( tempat ibadat israel) untuk mempersembahkan persembahan makanan.Dengan demikian mereka tidak akan dibunuh.Mereka mesti membasuh tangan dan kaki supaya mereka tidak mati. Peraturan ini mesti ditaati mereka dan keturunan mereka selama-lamanya".

Didalam kitab Keluaran, Bab 40, ayat 31-32

" Musa, Harun, dan anak-anaknya membasuh tangan dan kaki disitu, bila-bila sahaja mereka masuk ke dalam khemah Tuhan atau mendekati mazbah (tempat ibadat israel), sebagaimana yang diperintahkan oleh Tuhan"

Melalui 2 ayat diatas, maka dapat dilihat bahawa menyucikan bahagian badan yang tertentu untuk beribadat adalah tuntutan warisan bagi Rasul terdahulu dan dianjurkan kepada umat mereka, maka disini kita sebagai orang yang mempelajari ilmu dapat melihat bagaimana keadaan sebenar yang diterangkan didalam kitab Bible berkenaan hukum-hukum yang segelintirnya ada kaitan dengan hukum didalam Al-Quran. Jadi, sangat jelas siapa yang mengikut jalan kebenaran yang dianjurkan oleh Allah dan siapa yang tidak. Moga nukilan ini membuka mata para insan yang ingin memperjuangkan agama agar mencari persamaan terlebih dahulu sebelum mencari perbezaan semata-mata sehingga saudara kita yang bukan Islam menjauhi Islam. Wallahu'alam.



Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

Friday, March 7, 2014

Wasiat Hasan Al-Banna: Bersama hayatinya.

Assalamualaikum w.b.t.

Saudaraku,
Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari semalam, dan impian hari ini adalah kenyataan di hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat wujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meskipun fenomena kerosakan dan kemaksiatan menyelubungi mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan kuat selamanya.

Firman Allah:



Maksudnya:
Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu,dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya).Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu, serta hendak memperlihatkan kepada Firaun dan Haman bersama-sama tentera mereka apa yang mereka bimbangkan dari golongan yang tertindas itu.
(Surah Al-Qasas: Ayat 5-6)

Putaran waktu akan memperlihatkan kepada kita peristiwa-peristiwa yang mengejutkan dan memberikan peluang kepada kita untuk melakukan sesuatu. Dunia akan melihat bahawa dakwah kita adalah hidayah, kemenangan, dan kedamaian, yang dapat menyembuhkan umat dari rasa sakit yang sedang dideritanya. Setelah itu tibalah giliran kita untuk memimpin dunia, kerana bumi tetap akan berputar dan kejayaan itu akan kembali kepada kita. Hanya Allah harapan kita satu-satunya. Bersiap dan lakukannya, jangan menunggu datangnya esok hari, kerana mungkin engkau tidak boleh berbuat apa-apa di esok hari. Kita memang harus menunggu putaran waktu itu, tetapi kita tidak boleh berhenti. Kita harus terus berusaha dan terus melangkah, kerana kita memang tidak mengenal kata "berhenti" dalam berjihad.


Maksudnya:
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
(Surah Al-Ankabut: ayat 69)

Hanya Allah zat yang Maha Esa, bagi-Nya segala puji.

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...