photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Saturday, December 10, 2011

Hadis 40: Meninggalkan amalan yang tidak perlu.

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
"Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya".

(Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dll)

Pengajaran hadis:
1. Seseorang mukmin dianggap elok, indah dan berakhlak tinggi apabila dia hanya melakukan perkara yang berfaedah dan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah.
2. Antara perkara yang tidak berguna ialah bercakap kosong, berhiburan yang melalaikan, duduk-duduk di jalan, bertandang ke rumah orang tanpa niat ziarah atau tanpa ada kepentingan, suka mengambil tahu perkara yang tiada kaitan dengan dirinya, selalu disebut dalam pepatah Melayu, "menjaga tepi kain orang" atau dalam bahasa inggeris "busybody".
3. Anjuran ini menyerlahkan suatu ajaran lslam yang amat baik, yang boleh menyumbang ke arah pembangunan umat.
4. Sekiranya semua umat lslam meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan yang tidak ada kena mengena dengan dirinya, nescaya mereka mampu mencipta kejayaan dan kemajuan serta menghasilkan produktiviti yang berkualiti.
Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...