photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Sunday, July 15, 2012

Puasa: adakah kita tahu semua tentangnya?

Assalamualaikum w.b.t

Sempena Ibadah puasa yang akan kita semua tempuhi dalam beberapa hari lagi, iman nak kongsi dengan sahabat2 sekalian berkaitan Syarat, Hukum dan Sunat ketika berpuasa.

Erti Puasa.

Puasa dari segi bahasa ertinya meninggalkan makan dan minum sepanjang hari. Manakala dari segi istilah ialah menahan diri daripada makan, minum, nafsu dan perkara yang membatalkan puasa, bermula daripada terbit fajar hingga terbenam matahari.

Dalil berkaitan wajib puasa:



Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
( Surah al-baqarah : ayat 183)

Syarat Wajib Puasa:

1) Orang Islam
2) Baligh 
3) Berfikiran waras
4) mampu berpuasa

Syarat Sah Puasa:

1) Orang Islam
2) Orang yang berakal
3) Suci dari hadas
4) Berniat pada waktu malam
5) Pada hari2 yang sah berpuasa

Perkara yang sunat ketika berpuasa:

1) Bersahur dan melewatkannya
2) Menyegerakan berbuka
3) Baca doa buka puasa
4) Berbuka dengan tamar (kurma)
5) Memperbanyakkan bacaan Quran, doa dan zikir
6) Banyakkan amalan terutamanya solat terawih.

Perkara yang makruh ketika berpuasa:

1) Menggosok gigi selepas gelincir matahari 
2) Berbekam
3) Menggauli isteri yang mendatankan syahwat
4) mencium bau-bauan
5) Merasa makanan
6)banyak berkumur dan meludah
7) Tidur sepanjang hari
8) Mandi junub selepas terbit fajar
9) Melakukan perbuatan yang sia2

Perkara yang membatalkan puasa:

1)Memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka
2) Makan dan minum atau menghisap
3) Melakukan setubuhan dengan sengaja
4) Muntah dengan sengaja
5) Gila walaupun sebentar
6) Pitam sepanjang hari
7) Haid, nifas dan wiladah (bagi perempuan)
8) Mengeluarkan mani dengan sengaja
9) Berbuka puasa dalam keadaan syak (samada terbenam matahari atau belum)
10) Murtad

Jadi ini yang dapat iman dapat kongsikan bersama sahabat, mungkin ada sahabat yang sudah tahu tetapi masih ramai lagi yang belum tahu dan mungkin juga lupa. Iman juga tersenarai dalam yang terlupa 2 kadang2....selamat beramal.

w'salam.

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...