photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Tuesday, August 14, 2012

Ibnu Miskawayh: Tokoh Falsafah Kerajaan Bani Abbasiyyah.


Riwayat Hidup

Nama sebenar beliau Abu ‘Ali Ahmad Ibn Muhammad Ibn Ya’kub Miskawayh. Selain gelaran Ibn Miskawayh beliau juga digelar sebagai Abu ‘Ali Al-Khazin kerana beliau merupakan seorang pustakawan yang cemerlang dan pernah berkhidmat di beberapa buah perpustakaan kerajaan Buwayhid (Kerajaan Bani Abbasiyyah). Beliau lahir pada tahun  932 Masihi bersamaan dengan 320 Hijrah serta dilahirkan di Ray, Iran. Ada pendapat asal agama beliau adalah Majusi dan beliau memeluk Islam, tetapi didalam kitabnya tertulis bahawa beliau ini adalah seorang Islam yang sebenar sejak lahir. Ayah beliau meninggal dunia ketika beliau masih kecil dan maklumat tentang keluarga beliau tidak banyak yang diketahui. Antara rakan seperjuangan beliau ialah Al-Tawhidi dan Al-Sijistani.

Perjalanan Hidup

Ketika berumur 20-an Ibn Muskawayh telah dilantik sebagai setiausaha kepada Al-Muhallabi iaitu menteri Sultan Mu’izz al-Dawlah, pemerintah kerajaan buwayhid pada masa itu dalam tahun 953 Masihi. Semenjak dari tarikh tersebut beliau telah berkhidmat dengan beberapa menteri dan sultan kerajaan Buwayhid selama 45 tahun. Antara jawatan yang penting disandang oleh Ibnu Miskawasyh sepanjang perkhidmatannya termasuklah jawatan setiausaha, pustakawan dan juga pengiring.

Perjalanan Ilmu

Walaupun Ibnu Miskawayh ini adalah seorang yang mempunyai jawatan tinggi didalam istana tetapi beliau tidak pernah melupakan ilmu malah dengan jawatan sebagai pustakawan memberi peluang kepada beliau untuk mendekati bahan ilmiah untuk menambahkan pengetahuan di Baghdad yang ketika itu merupakan pusat perkembangan ilmu yang terulung (Kerajaan Bani Abbasiyyah). Beliau merupakan seorang moralis Islam yakni seorang ahli Falsafah pada zamannya. Beliau banyak mengkaji pendapat Plato dan Socrates yang dikenali dengan Falsafah Greek tapi tidaklah bermakna beliau menerima bulat2 pendapat dari kedua tokoh greek ini, malah beliau juga mengkaji dari sudut Islam melalui penelitian ilmu dari Al-Quran. Ibnu Miskawayh menjadi rujukan Falsafah Islam dan mempengaruhi dalam tulisan kitab mereka antaranya  Imam Al-Ghazali, Nasir Al-Din Al-Tusi dan Al-Dawwani

Antara kitab-kitab yang dikarang oleh beliau tahzib al-Akhlak, al-Fauz al-Akbar (Kemenangan Terbesar), al-Fauz al-Asghar (Kemenangan Terkecil),  Tajarib al-Umam (sebuah sejarah mengenai banjir besar yang ditulis pada 369 Hijrah/ 979 Masihi), Usn al-Farid ( refleksi,syair, peribahasa dan kata-kata mutiara), Tartib al-Saadah (mengenai akhlak dan politik), dan al-Syiar (mengenai aturan hidup). 

Wafat

Beliau meninggal dunia ketika berumur 90 tahun pada tahun 421 Hijrah bersamaan 1030 Masihi.



Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...