photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Saturday, September 22, 2012

Fikir2: Bacaan Keras (Jahar) dan Perlahan (Sir) dalam solat.


Assalamualaikum w.b.t...

Pada Hari neh saya nak kongsikan tentang perlakuan kita didalam solat terutama didalam solat jemaah, mengapa imam membacakan surah dengan nada yang keras(Jahar) pada waktu subuh, maghrib serta isyak dan pada waktu zohor dan asar dibacakan secara perlahan (Sir). Persoalan neh dah lama dalam kepala saya dan soalan ini juga pernah ditanya ustazah saya ketika belajar dahulu.

Jadi antara yang saya dengar ialah tentang turunnya ayat:


Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
(surah Al-Isra':ayat 110)

berdasarkan ayat ini Allah berpesan kepada Nabi agar bersederhana antara keduanya. Dari sini timbul lagi satu pendapat yang saya rasa logik bagi diri saya.Kisahnya:

Selepas turun ayat diatas,maka Rasulullah s.a.w. merendahkan bacaan baginda di dalam solat Zohor dan Asar, kerana baginda khuatir akan ejekan dan cemuhan kaum musyrikin. Manakalah di dalam solat Maghrib baginda mengeraskan bacaan kerana ketika itu kaum musyrikin sedang sibuk makan. Manakala di dalam solat Isyak dan Subuh, baginda mengeraskan bacaan kerana ketika itu mereka sedang nyenyak tidur. Semua ini berlaku ketika permulaan awal Dakwah Islam sahaja. Solat jumaat dan sunat Hari Raya dibacakan dengan keras kerana ianya dilakukan setelah berada dalam keadaan aman yakni di Madinah.Berdasarkan perbuatan nabi ini, maka solat ini dilakukan sehingga sekarang bagi mengikuti sunnah Nabi.Wallahu'alam.

Dalil lain yang berkaitan dengan Bacaan Sir dan Jahar neh ialah melalui Hadis Riwayat Bukhari:

"Rasulullah SAW membaca ayat dengan suara jelas (jahar) dalam solat Subuh dan pada dua rakaat pertama pada solat Maghrib dan Isyak. Baginda bacanya dengan berbisik pada solat Zohor, Asar dan pada rakaat ketiga solat Maghrib serta dua rakaat terakhir pada solat Isyak. Para makmum mengetahui bahawa baginda membaca sir (perlahan) dari gerakan janggut baginda, dan kadang-kadang dari bacaan ayat yang baginda bacakan kepada mereka".

Moga sahabat2 mendapat pengetahuan dan mendapat manfaat dariNYA.ameen :)



Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

6 comments:

  1. makna perlahan tu kne ada bunyi utk kita dgr saje ke atau gerakn kan mulut saje?

    ReplyDelete
  2. maaf nabil... saya baru je on9... perlahan 2 hanya sekadar dengar pada telinga kita sahaja :)

    ReplyDelete
  3. assalam..

    sah ataupun tidak sah solat sekiranya dua rakaat pertama bagi solat zuhur dan asar dibaca dengan nada jahar seperti yang saudara terangkan tadi (untuk kedua2 situasi; solat bersendirian dan berjemaah). kerana saya pernah terdengar pendapat dari seorang ustadz yang menyatakan orang yang membaca dengan nada kuat sewaktu solat asar dan zuhur berjemaah adalah orang yang kurang ilmunya...

    itu sahaja soalan saya terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar apa yag diterangkan oleh ustaz kamu 2. Jawapannya solatnya sah kerana ia bukan rukun :)

      Delete
  4. Boleh ke baca kuat kuat semasa solat sendirian?

    ReplyDelete
  5. Boleh ke baca kuat kuat semasa solat sendirian?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...