photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Tuesday, October 9, 2012

Hadis 40: Amalan dan Janji Allah.


Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman: Barangsiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya. Seorang hambaKu tidak bertaqqarub (iaitu menghampirkan dirinya) kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai lebih daripada amalan yang Aku fardhukan ke atasnya. Seseorang hamba sentiasa bertaqqarub dirinya kepadaKu, dengan amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dan sekiranya dia meminta perlindungan dariKu nescaya Aku akan melindunginya.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari)

Pengajaran Hadis:

1. Keutamaan amal dan ilmu pada pandangan Allah.

2. Seseorang boleh meningkat darjatnya disisi Allah.

3. Amalan yang disukai Allah adalah amalan yang difardhukan kepada kita.

4. Kita digalakkan untuk melakukan ibadah sunat dan mendekat diri kepada Allah. Sesungguhnya ada ganjaran dari Allah atas perbuatan tersebut.

5. Sekiranya kita dipandang oleh Allah, maka sesungguhnya Allah berjanji akan memberikan kurniaNYA dan perlindungan kepada kita.

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...