photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Monday, February 4, 2013

Sa'ad Bin Muaz: Pemimpin Kabilah Aus, pemegang bendera Badar.

Nama Lengkap beliau adalah Sa'ad bin Mu'az bin Nu'man bin Imri'ul Qais Al-Ausi Al- Ansari. Beliau adalah dari Bani Aus di Madinah. Dikenali sebagai Ibn Amir. Beliau merupakan kawan baik kepada Umayyah bin Khalaf. Isteri beliau bernama Hindun binti Sammak. Lahir  pada 590 Masihi dan beza diantara umurnya dan Nabi S.A.W adalah 19 Tahun. Beliau adalah pemimpin Kabilah Aus yang berani, hebat menunggang kuda dan beliau juga adalah pembawa bendera bagi kaumnya ketika berlakunya perang Badar. Beliau memeluk Islam di Madinah melalui duta besar Islam, Mush'ab bin Umair pada umur 31 tahun bersamaan dengan 621 Masihi setahun sebelum Hijrah.

Beliau hanya menyertai hanya 3 peperangan sahaja sebelum beliau meninggal dunia. Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak. Ketika perang Badar Al-Kubra yang berlaku pada 624 Masihi / 2 Hijrah, beliau mewakili kaum Ansar menyatakan kesetiaan untuk berjuang menentang kafir bersama Rasulullah dan perkataannya itu amat menyenangkan hati Rasulullah. Beliau juga menyertai perang Uhud dimana umat Islam mengalami kekalahan dan berundur, beliau adalah salah seorang yang bertahan di medan tersebut. 

Ketika perang Khandaq (Ahzab) beliau bersama Sa'ad bin Ubadah ditugaskan untuk bertemu dengan Ka'ab bin Asad, pemimpin Yahudi Bani Quraizah, dalam meminta keterangan terhadap janji yang pernah ditandatangani oleh mereka dengan Nabi iaitu perjanjian piagam Madinah dimana salah satunya pihak yahudi di madinah tidak boleh bekerjasama dengan kafir Quraisy. Akan tetapi ternyata janji itu dimungkiri. Selain itu dalam perang Ahzab juga beliau dan Sa'ad bin Ubadah diminta memberi pendapat tentang pemberian 1/3 hasil tuaian kepada pihak Bani Ghathafan agar tidak bersekutu dengan Kafir Quraisy. Sekali lagi beliau menyenangkan hati Nabi dengan jawapannya yang bernas.

Dalam perang Khandaq (parit), leher beliau telah terkena tembakan anak panah dan ada pendapat mengatakan dimatanya (wallahu'alam) , ketika sakit dia berdoa agar Allah menjadikan kecederaan itu sebagai jalan baginya untuk syahid baginya dan berkata " Ya Allah, jangan Engkau matikan aku sebelum mataku gembira melihat balasan terhadap Bani Quraizah". Allah mengabulkan doa beliau dimana setelah Bani Quraizah kalah dan menyerah diri, Nabi telah menyerahkan kepada Sa'ad agar menjadi hakim untuk memutuskan hukuman. 

Beliau meninggal akibat kecederaan tersebut pada tahun 5 Hijrah bersamaan dengan 627 Masihi pada usia 37 tahun. 

Hadis berkaitan dengan Sa'ad bin Mu'az:

Hadis dari Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah diberi hadiah sepasang jubah yang diperbuat dari kain sutera tipis. Sedangkan baginda melarang orang ramai dari memakai sutera. Para sahabat merasa hairan. Baginda s.a.w bersabda: Demi zat Muhammad yang berada dalam kekuasaan-Nya. Sesungguhnya sapu tangan Saad bin Muaz di Syurga adalah lebih baik dari jubah ini.

(Hadis Riwayat Imam Muslim)

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...