photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Wednesday, February 6, 2013

Tips Sihat: Jangan Sombong dan mencaci maki.


Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya, “Tidak masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan takabur walaupun sebesar zarah, dan tidak masuk neraka seseorang yang ada di dalam hatinya iman walaupun sebesar zarah.”.
(Riwayat Sahih Muslim)

Diriwayatkan dalam hadis yang sama tapi diriwayatkan dari Bukhari:

Sahabat bertanya: " Ya Rasulullah adakah orang yang memakai baju dan kasut yang cantik dianggap sombong?"

Rasulullah menjawab: " Sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan keindahan, Sombong adalah menolak kebenaran dan menghina orang lain.

Mengikut kajian menolak sesuatu kebenaran menyebabkan gangguan jiwa. Menghina orang boleh menyebabkan penyakit gangguan pencernaan,angin ahmar dan serangan jantung, mengapa? kerana kebiasaannya orang yang menghina orang lain memerlukan sifat marah dalam diri dan benci dalam hati yang boleh meningkatkan tekanan darah itu sendiri.



Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...