:::Rakan:::

Saturday, March 9, 2013

Maruah: bukan permainan.

Assalamualaikum...

Bila bercakap tentang maruah maka ramai yang fikir ianya adalah aspek-aspek tertentu sahaja. Dimana sahaja bila ditanya mana letaknya maruah maka dikatakan pada bahagian tertentu pada badan dimana jika tiada maka itulah tiada maruah.

Maruah ini ertinya harga diri. Menurut istilah ialah menjaga diri  dari perkara yang aib dan memalukan serta membawa kesan kepada diri. Maka dengan sebab menjaga diri inilah perlu adanya malu dalam diri.


Ini kerana dengan adanya malu maka manusia akan lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu perkara yang mencemarkan maruah.

Firman Allah dalam Surah Al-Isra' ayat 32:


Maksudnya:

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

dan Firman Allah :


Maksudnya:

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
( Surah Al-Isra': Ayat 36)

Jika anda seorang perempuan, maka maruah anda bukan sahaja boleh tercemar jika disentuh oleh lelaki tetapi sebenarnya dengan berpakaian tidak mengikut syariat juga maka maruah anda sudah tercemar kerana ianya tanda anda adalah seorang wanita yang mudah didekati dan lelaki dapat menikmati aib atau aurat dengan sesuka hati mereka.

Jika anda seorang lelaki, maruah anda terletak pada "attitude" anda dalam menjadi pemimpin dan khalifah dimuka bumi ini, jika anda sentiasa berpeleseran dengan perkara yang dipandang hina oleh masyarakat maka sebenarnya anda telah mengaibkan diri sendiri tanpa anda sedari.

Kita wajib menjadi pemuda dan pemudi yang mempertahankan maruah dari segi apa sahaja. Memang ianya nampak enteng tetapi dengan tidak menjaga maruah maka anda dan anda akan mendapat kesannya dimasa hadapan samada tidak mendapat keredhaan dari Allah atau anak cucu kamu sendiri menjadi keturunan yang menjaga maruah mereka. Adakah itu yang kita mahu? tidak sekali-kali.

Jalan Terbaik

Jalan yang terbaik dalam menangani maruah anda dari tercemar ialah kembali kepada jalan agama dan sentiasa bertaubat atas apa yang dilakukan dalam kehidupan. Berdoa supaya aib kita tidak diketahui dan sentiasa ada sifat ingin merubah diri. Berbaliklah kepada Al-Quran dan Sunnah, inilah janji Allah:


Maksudnya:

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (Agama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.
( Surah Al-Isra': Ayat 9)

Wallahu'alam.


Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...