photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Wednesday, May 22, 2013

Sifat-Sifat Terpuji Mukminin.



Assalamualaikum w.b.t...

Semoga sahabat semua sentiasa dalam keadaan dirahmati Allah, insyaAllah. Jom kita lihat sifat-sifat terpuji mukminin:

1) Taubat- Meninggalkan segala perbuatan tercela yang telah dikerjakannya dengan niat kerana membesarkan Allah S.W.T. Orang yang bertaubat mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Meninggalkan maksiat dengan kesedaran.
  • Menyesal dengan perbuatan yang telah dikerjakan.
  • Berazam tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.
2) Khauf- Takutkan Allah S.W.T, takutkan kemurkaanNYA dengan memelihara diri dan tidak melakukan perkara yang ditegah.

3) Zuhud- bersih atau suci terhadap berkehendakan lebih daripada keperluaannya serta tidak bergantung kepada makhluk lain. Hatinya sentiasa mengingati bahawa harta yang dimilikinya adalah sebahagian amanah daripada Allah.

4) Sabar- tabah atau cekal menghadapi sesuatu ujian yang mendukacitakan.

5) Syukur- Menyedari bahawa semua nikmat yang diperolehinya baik yang lahir mahupun batin semuanya adalah dari Allah dan berasa gembira dengan nikmat itu serta bertanggungjawab kepada Allah.

6) Ikhlas- Mengerjakan amal ibadat dengan penuh ketaatan dan semua perbuatan yang dilakukan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, bukan kerana tujuan lain.

7) Tawakal- Berserah diri kepada Allah dalam melakukan sesuatu rancangan.

8) Mahabbah- Kasihkan Allah dan hatinya sentiasa cenderung untuk berkhidmat dan beribadat kepadaNYA  serta bersungguh-sungguh menjaga diri dan tidak melakukan maksiat.

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...