Assalamualaikum w.b.t...
Hari ini bermulalah pemilihan calon-calon pilihanraya di bumi KUIM, sangat ramai dan masing-masing mempunyai pendapat dan pilihan yang sendiri. Pemimpin yang dicalonkan juga berkaliber dan menepati kriteria yang telah ditetapkan.
Jadi pada hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang pemimpin yang baik disisi agama, bukan sahaja untuk di KUIM malah di tempat lain juga boleh menjadikan ini sebagai panduan untuk memilih pemimpin.
Terdapat 8 ciri pemimpin yang digariskan dalam Islam:
1.Pemimpin itu hendaklah orang yang berupaya untuk menjaga agama dan menegakkan syariat Allah di atas muka bumi.
Firman Allah :
2. Pemimpin itu hendaklah orang yang mempunyai kekuatan dari semua sudut samada fizikal, spiritual, emosi dan mental.
Firman Allah s.w.t.:
Hari ini bermulalah pemilihan calon-calon pilihanraya di bumi KUIM, sangat ramai dan masing-masing mempunyai pendapat dan pilihan yang sendiri. Pemimpin yang dicalonkan juga berkaliber dan menepati kriteria yang telah ditetapkan.
Jadi pada hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang pemimpin yang baik disisi agama, bukan sahaja untuk di KUIM malah di tempat lain juga boleh menjadikan ini sebagai panduan untuk memilih pemimpin.
Terdapat 8 ciri pemimpin yang digariskan dalam Islam:
1.Pemimpin itu hendaklah orang yang berupaya untuk menjaga agama dan menegakkan syariat Allah di atas muka bumi.
Firman Allah :
Maksudnya:
Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.
(Surah Al-Hajj: ayat 41)
2. Pemimpin itu hendaklah orang yang mempunyai kekuatan dari semua sudut samada fizikal, spiritual, emosi dan mental.
Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya:
Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah".
( Surah Al-Qasas: ayat 26)
3. Pemimpin itu harus memiliki sifat takwa.
Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya:
Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertaqwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui.
( Surah Al-Baqarah: ayat 103)
4. Pemimpin itu mestilah beramanah, adil dan tidak melakukan kezaliman atau diskriminasi kepada mereka yang di bawah pimpinannya.
Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
( Surah An-Nisa': ayat 58)
5. Pemimpin itu mestilah bertanggungjawab dan tidak sombong kepada mereka yang di bawah pimpinannya.
Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya:
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
(Surah At-Taubah: ayat 128)
6. Pemimpin itu hendaklah tegas dan berpegang teguh kepada prinsip dalam melaksanakan amanah.
Hadis Nabi s.a.w.:
Daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku akan memotong tangannya”.
(Hadis Riwayat Imam Bukhari)
7. Pemimpin itu hendaklah berakhlak, baik budi pekertinya dan menjadi teladan yang baik dalam semua tindak tanduknya.
Hadis Nabi s.a.w.:
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi S.A.W bersabda : “Orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah mereka yang paling baik akhlaknya”.
(Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)
8. Pemimpin itu hendaklah menunaikan janji-janjinya kepada orang bawahannya.
Sabda Nabi s.a.w.: “Sesiapa yang diamanahkan oleh Allah untuk memimpin rakyat, lalu dia mati. Pada hari dia mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, maka Allah telah mengharamkan syurga untuknya”.
(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Jadi sahabat-sahabat sekalian itulah ciri-ciri pemimpin yang digariskan dalam Islam, bukan mengatakan bahawa selain dari perkara ini tidak baik tetapi agama haruslah diutamakan.
"Perkara yang haq disisi Allah, Yang Menang TeTap Menang, Yang Kalah Tetap Menang"
http://e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/manualkhutbahmultemedia21122012.pdf
ReplyDeleteMohon share.terima kasih.
ReplyDeleteakh , ane izin share yaaaa ...
ReplyDeletemohon share
ReplyDeleteIzin share akhi
ReplyDelete