Assalamualaikum w.b.t
Pagi yang sangat menyenangkan di buim kuim yang tercinta... sahabat-sahabat yang baik dan suasana yang dikelilingi ilmu yang baik juga.
Hari ini saya ingin membincangkan dengan sahabat sekalian tentang pemakaian.Jika dilihat terlalu ramai wanita yang memakai jubah yang kononnya "islamic" tetapi memakai jubah yang mengikut bentuk badan. Tidakkah mereka tahu itu adalah maruah mereka? tidakkah mereka tahu itu adalah hak suami mereka? selain itu yang memakai wangian sehingga baunya terhidu oleh orang lelaki lain. Tahukah anda apa natijahnya?hanya Allah yang boleh menurunkan hidayahnya tetapi kita sebagai orang sekeliling wajib menegurlebih-lebih lagi sesama kaum wanita.
Menurut Kitab Shahih Fikih Sunnah terdapat lapan syarat tentang pemakaian pakaian bagi kaum wanita. Antaranya:
1. Pakaian wanita muslimah harus menutupi semua anggota tubuhnya. Kecuali muka dan kedua telapak tangan.
Firman Allah:
2.Pakaian yang dikenakan tidak termasuk dalam pakaian yang tergolong dalam hiasan
Hadis Nabi s.a.w.:
"Ada 3 golongan yang mereka tidak akan ditanyai (kerana mereka dalam golongan yang celaka):
1. Lelaki yang memisahkan diri dari jemaah dan menderhakai pemimpinnya, lalu dia mati dalam keadaan durhaka.
2. Budak perempuan atau lelaki yang melarikan diri dari tuannya, lalu dia meninggal.
3. Seorang wanita yang ditinggal oleh suaminya atas urusan kerja, diberikan belanja yang secukupnya, lalu dia bertabbaruj setelah itu.
Maka mereka tidak akan ditanya (di hari akhirat kelak)
( Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
3. Pakaian tersebut haruslah tebal dan tidak menampakkan lekukan tubuh.
Hadis Nabi s.a.w:
"Ada dua kelompok penghuni neraka yang belum pernah aku lihat iaitu, satu kaum yang memelili cambuk (cemeti) layaknya ekor sapi yang digunakan untuk mencambuk manusia, dan para perempuan yang berpakaian namun seperti telanjang, berlenggang-lenggok dan menggoda, kepalanya bagai bonggol unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak mencium aromanya, padahal bau syurga itu tercium dari jarak sekian dan sekian.
(Hadis Riwayat Muslim)
4. Hendaklah pakaian yang dipakai bersifat longgar, tidak ketat sehingga menonjolkan lekukan tubuhnya.
Hadis Nabi s.a.w:
Diriwayatkan dari Usamah bin Zaid, katanya: " Raslullah memberiku sebuah mantel qibthiyah (pakaian buatan mesir) yang longgar. Mantel tersebut adalah hadiah dari Dihyah AlKalbi, lalu mantel itu aku berikan kepada isteriku. Rasulullah s.a.w bertanya: " Mengapa kamu tidak memakai mantel qibthiyah itu?". Aku menjawab: " Wahai Rasulullah, mantel itu aku berikan kepada isteriku." Lalu Rasulullah s.a.w mengatakan kepadaku, " Suruhlah isterimu memakai pakaian didalamnya, kerana aku bimbang mantel tersebut menampakkan lekukan tubuhnya."
( Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud)
5. Pakaian itu tidak dipakaikan wangian.
Hadis Nabi s.a.w.:
Diriwayatkan dari Abu Musa Al-Asy'ari, bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
" Setiap wanita yang mengenakan wangian lalu dia berjalan melewati suatu kaum supaya mereka mencium bau wangi itu, maka dia adalah penzina."
( Hadis Riwayat An-Nasa'i Abu Dawud, dan Tirmidzi)
6. Pakaian tersebut tidak menyerupai lelaki.
Hadis Nabi s.a.w.:
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, dia berkata, Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."
( Hadis Riwayat Bukhari, Tirmidzi, Abu Dawud dan Ibnu Majah)
7. Tidak menyerupai pakaian wanita yang kafir.
Hadis Nabi s.a.w:
" Diriwayatkan oleh Ibnu Umar, dia berkata, " Rasulullah s.a.w pernah melihatku memakai dua pakaian yang berwarna kekuning-kuningan ( mu'ashfar ), lalu Baginda berkata: " Ini adalah pakaian orang-orang kafir, maka janganlah kamu memakainya."
( Hadis Riwayat Muslim, An-Nasa'i dan Ahmad)
8. Pakaian tersebut bukan pakaian kebesaran (pakaian yang menimbulkan bongkak dan sombong)
Diriwayatkan dari Ibnu Umar, bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, " Barangsiapa yang mengenakan pakaian kebesaran didunia, mala Allah akan mengenakan pakaian kehinaan (padanya) pada hari kiamat kelak, kemudian dinyalakan api neraka padanya.
( Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)
begitu banyak sekali syarat yang perlu diikuti oleh kamu wahai kaum perempuan, sebenarnya syarat-syarat diatas adalah panduan agar kamu iaitu wanita tidak diserang bahaya dari nafsu kaum lelaki yang berhidung belang. Aurat kamu adalah maruah kamu dimana ianya memang perlu dijaga seperti kamu menjaga gelang atau rantai emas, takut kehilangan tanpa sedar, disimpan dengan baik didalam almari, laci dan sebagainya. Begitu juga dengan maruah kamu sangat berharga, perlu dilindungi dengan pakaian yang sesuai.Disebabkan itulah Islam meletakkan garis panduan dalam pemakaian. Moga kita sama-sama mendapat manfaatnya. Wallahu'alam
(Syarat-Syarat Pakaian diambil dari Kitab Shahih Fikih Sunnah Karangan Abu Malik bin Sayyid Salim)

Maksudnya:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(Surah An-Nur ayat 31)
Maksudnya:
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Ahzab: ayat 59)
2.Pakaian yang dikenakan tidak termasuk dalam pakaian yang tergolong dalam hiasan
Hadis Nabi s.a.w.:
"Ada 3 golongan yang mereka tidak akan ditanyai (kerana mereka dalam golongan yang celaka):
1. Lelaki yang memisahkan diri dari jemaah dan menderhakai pemimpinnya, lalu dia mati dalam keadaan durhaka.
2. Budak perempuan atau lelaki yang melarikan diri dari tuannya, lalu dia meninggal.
3. Seorang wanita yang ditinggal oleh suaminya atas urusan kerja, diberikan belanja yang secukupnya, lalu dia bertabbaruj setelah itu.
Maka mereka tidak akan ditanya (di hari akhirat kelak)
( Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
3. Pakaian tersebut haruslah tebal dan tidak menampakkan lekukan tubuh.
Hadis Nabi s.a.w:
"Ada dua kelompok penghuni neraka yang belum pernah aku lihat iaitu, satu kaum yang memelili cambuk (cemeti) layaknya ekor sapi yang digunakan untuk mencambuk manusia, dan para perempuan yang berpakaian namun seperti telanjang, berlenggang-lenggok dan menggoda, kepalanya bagai bonggol unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak mencium aromanya, padahal bau syurga itu tercium dari jarak sekian dan sekian.
(Hadis Riwayat Muslim)
4. Hendaklah pakaian yang dipakai bersifat longgar, tidak ketat sehingga menonjolkan lekukan tubuhnya.
Hadis Nabi s.a.w:
Diriwayatkan dari Usamah bin Zaid, katanya: " Raslullah memberiku sebuah mantel qibthiyah (pakaian buatan mesir) yang longgar. Mantel tersebut adalah hadiah dari Dihyah AlKalbi, lalu mantel itu aku berikan kepada isteriku. Rasulullah s.a.w bertanya: " Mengapa kamu tidak memakai mantel qibthiyah itu?". Aku menjawab: " Wahai Rasulullah, mantel itu aku berikan kepada isteriku." Lalu Rasulullah s.a.w mengatakan kepadaku, " Suruhlah isterimu memakai pakaian didalamnya, kerana aku bimbang mantel tersebut menampakkan lekukan tubuhnya."
( Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud)
5. Pakaian itu tidak dipakaikan wangian.
Hadis Nabi s.a.w.:
Diriwayatkan dari Abu Musa Al-Asy'ari, bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
" Setiap wanita yang mengenakan wangian lalu dia berjalan melewati suatu kaum supaya mereka mencium bau wangi itu, maka dia adalah penzina."
( Hadis Riwayat An-Nasa'i Abu Dawud, dan Tirmidzi)
6. Pakaian tersebut tidak menyerupai lelaki.
Hadis Nabi s.a.w.:
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, dia berkata, Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."
( Hadis Riwayat Bukhari, Tirmidzi, Abu Dawud dan Ibnu Majah)
7. Tidak menyerupai pakaian wanita yang kafir.
Hadis Nabi s.a.w:
" Diriwayatkan oleh Ibnu Umar, dia berkata, " Rasulullah s.a.w pernah melihatku memakai dua pakaian yang berwarna kekuning-kuningan ( mu'ashfar ), lalu Baginda berkata: " Ini adalah pakaian orang-orang kafir, maka janganlah kamu memakainya."
( Hadis Riwayat Muslim, An-Nasa'i dan Ahmad)
8. Pakaian tersebut bukan pakaian kebesaran (pakaian yang menimbulkan bongkak dan sombong)
Diriwayatkan dari Ibnu Umar, bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, " Barangsiapa yang mengenakan pakaian kebesaran didunia, mala Allah akan mengenakan pakaian kehinaan (padanya) pada hari kiamat kelak, kemudian dinyalakan api neraka padanya.
( Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)
begitu banyak sekali syarat yang perlu diikuti oleh kamu wahai kaum perempuan, sebenarnya syarat-syarat diatas adalah panduan agar kamu iaitu wanita tidak diserang bahaya dari nafsu kaum lelaki yang berhidung belang. Aurat kamu adalah maruah kamu dimana ianya memang perlu dijaga seperti kamu menjaga gelang atau rantai emas, takut kehilangan tanpa sedar, disimpan dengan baik didalam almari, laci dan sebagainya. Begitu juga dengan maruah kamu sangat berharga, perlu dilindungi dengan pakaian yang sesuai.Disebabkan itulah Islam meletakkan garis panduan dalam pemakaian. Moga kita sama-sama mendapat manfaatnya. Wallahu'alam
(Syarat-Syarat Pakaian diambil dari Kitab Shahih Fikih Sunnah Karangan Abu Malik bin Sayyid Salim)
No comments:
Post a Comment