Assalamualaikum w.b.t.
Kursus Kahwin sentiasa menjadi satu tarikan dimana- mana universiti. Akan sentiasa ada kursus ini dan jika dilihat sambutannya amat menggalakkan. Saya sendiri juga pernah menghadiri kursus ini sekitar tahun 2008 dimana ianya diadakan di KIPSAS pahang.
Kursus perkahwinan sepanjang diskusi dan penerangan yang dijalankan, perkara utama yang diterapkan adalah motivasi tentang perkahwinan itu sendiri yakni dalil-dalilnya:
Maksudnya:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
(Surah Ar-Rum : ayat 21)
Keutamaan pemilihan dan sekufu
Firman Allah
Maksudnya:
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
( Surah An-Nur: ayat 26)
Hadis Nabi
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".
( Hadis Riwayat Bukhari)
Tanggungjawab dan Hak
Selain itu juga program ini menekankan tentang tanggungjawab suami isteri. Bagaimana seorang lelaki perlu menguruskan semua keadaan dan keperluan isteri dan anaknya, begitu juga dengan isteri apakah tanggungjawab yang harus dijalankan. Inilah yang dirakamkan dalam pertanyaan kepada Aisyah:
Aisyah pernah ditanya apa yang dilakukan oleh Rasullulah SAW dalam rumahtangganya? Jawab Aisyah: Nabi SAW biasa membantu kepentingan keluarganya. Menyapu rumah, menjahit baju yang koyak, memperbaiki sepatu dan memerah susu kambing. Bila tiba waktu solat tiba baru baginda berhenti, kemudian menunaikan solat."
( Hadis riwayat Bukhari)
Ada juga diriwayatkan didalam hadis tentang tanggungjawab suami isteri:
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya."
(Riwayat Al-Tabrani)
itulah yang dapat disimpulkan serba sedikit atau sekilas pandang tentang apa yang diperbincangkan didalam motivasi perkahwinan atau kursus. Ini kerana di zaman ini begitu banyak permasalahan yang berlaku selepas perkahwinan dan ianya harus ditangani, dan kursus perkahwinan adalah satu jalan menyampaikan nasihat dan kesedaran kepada kaum muda dimana ego masih berada dalam hati dan tolak ansur kurang didalam diri. Jangan difikirkan kursus ini diambil hanya sekadar suka-suka atu dorongan pasangan semata2 tetapi haruslah difikirkan ilmunya dan diambil pengisiannya untuk diamalkan pada masa hadapan..wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment