photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Tuesday, March 19, 2013

Taharah: Adab Beristinjak

Assalamualaikum w.b.t...

Pada hari ini saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian tentang adab istinjak. Apa itu Istinjak? Membersihkan diri dari najis dari segi rasa, bau dan warna setelah membuang air besar dan air kecil. Kebanyakkan dari kita memang tahu bagaimana ingin membersihkan diri setelah pergi ke tandas tetapi adakah anda semua tahu adab-adabnya? mari kita lihat bersama-sama:

1. Menutup dan Menjauhkan diri dari penglihatan orang lain ketika membuang hajat di tempat yang terbuka.

Hal ini berdasarkan riwayat Jabir, dia berkata: " Kami pernah keluar bersama Rasulullah s.a.w untuk melakukan safar, waktu itu Rasulullah s.a.w tidak buang air besar hingga beliau menghilang dan tidak dapat diketahui.
( Hadis Riwayat Abu Dawud)

2. Tidak membawa sesuatu yang bertuliskan Asma Allah.

3. Membaca Bimislah dan Isti'adzah ketika hendak masuk ke tandas.

Hal ini bersandarkan kepada Hadis Nabi s.a.w. :
" Pembatas antara penglihatan jin dan aurat manusia adalah tatkala salah seorang diantara mereka hendak membuang hajat, maka ia mengucapkan " Bismillah".
( Hadis Riwayat Tirmidzi)

4. Mendahulukan kaki kiri ketika hendak masuk dan mendahulukan kaki kanan ketika hendak keluar.

5. Tidak boleh menghadap dan membelakangi kiblat.

6. Tidak berkata-kata secara mutlak kecuali kepentingan.

7. Menghindari buang hajat di jalan yang umum dan tempat berteduh serta selainnya.

Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi s.a.w bersabda:

" Berhati-hatilah dengan dua laknat." mereka bertanya, " Apakah dua laknat itu Wahai Rasulullah? Baginda menjawab, " Orang yang buang hajat di jalan umum dan tempat berteduh".

8. Menghindarkan membuang air di tempat mandi.

9. Menghindar membuang air ditempat air yang tidak mengalir.

10. Mencari tempat yang lembut ketika membuang air agar najis tidak memercik.

11. Menjaga adab-adab di atas.

12. Hendaklah mengucapkan "Ghufraanaka" ( Kami mengharap ampunan-MU)

Adab ini dipetik dari Kitab Shahih Fikh Sunnah karangan Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim.

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...