:::Rakan:::

Wednesday, January 25, 2012

Hadis 40: Ehsan dalam Pembunuhan/Penyembelihan.

Daripada Abu Ya'la Syaddad ibn Aus r.a. daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah menulis (iaitu mewajibkan) Ehsan atas segala sesuatu. Apabila kamu mahu membunuh, maka perelokkanlah pembunuhan itu. Apabila kamu mahu menyembelih, maka perelokkanlah penyembelihan itu dan hendaklah kamu menajamkan mata pisau dan hendaklah dia menyenangkan haiwan sembelihannya itu.

(Hadis riwayat Muslim)

Pengajaran hadis:
1. lslam adalah agama Ehsan. Ehsan bererti berbuat baik.Tuntutan ehsan bererti sesuatu kerja mesti dilakukan dengan benar-benar sempurna dan cemerlang, bukan sekadar melaksanakan kerja semata-mata.

2. Ehsan yang dianjurkan oleh lslam adalah Ehsan yang telah melahirkan suatu tamadun manusia yang gemilang dan cemerlang, kerana setiap umat lslam dituntut melakukan kerja dengan mutu kerja yang paling maksimum.

3. Ehsan yang dianjurkan bukan terhad kepada manusia sahaja, bahkan merangkumi binatang dan makhluk lain, sehinggakan mahu membunuh, iaitu membunuh tuntut balas dan menyembelih, lslam menuntut supaya dilakukan secara Ehsan, iaitu dengan cara terbaik, bukan dengan cara yang menambahkan kesakitan dan penyeksaan sebelum mati. lni membuktikan ketinggian budi, kehalusan hati dan keluhuran perasaan orang-orang lslam yang mampu mencipta peradaban yang tinggi.
Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...