photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Thursday, January 26, 2012

Hadis 40: Taqwa dan amalan yang baik.

Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a. daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda: Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.

(Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi)(Taraf Hadis: Hasan)

Pengajaran hadis:

1. Taqwa dituntut walaupun di mana seorang mukmin berada, sama ada di khalayak ramai mahupun di ketika keseorangan. lni adalah tanda keikhlasan lman dan taqwa. lslam menolak sifat berpura-pura dan munafik yang hanya mempamerkan kebaikan di depan orang dan berbuat kejahatan apabila jauh daripada pandangan manusia.

2. Melakukan kesalahan adalah tabiat semulajadi manusia. Oleh itu apabila mereka melakukan kesilapan, mereka dituntut agar mengiringi kejahatan tersebut dengan amal soleh kerana ia boleh menghapuskan kejahatan tersebut.

3. Akhlak dan budi pekerti yang mulia amat dituntut oleh agama. la adalah teras perhubungan dan muamalah dalam masyarakat lslam. Dengan akhlak yang baik, keharmonian dan kesejahteraan masyarakat penyayang dapat dilahirkan.
Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...