photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Friday, July 20, 2012

Ikhlas: Dimana ukuran dan apakah janji Allah terhadapnya?


Assalamualaikum w.b.t

Selamat pagi sahabat2 sekalian....hari pertama puasa..moga sahabat2 semuanya dalam keadaan sihat sentiasa....insyaAllah...Ameen :)

Ikhlas.... dimana letaknya? dan bagaimana nak tahu ditahap mana dikatakan ikhlas?

Definisi Ikhlas

Menurut istilah syarak ikhlas adalah sikap seorang hamba dalam menjalin hubungan dengan Allah. Apabila seorang hamba itu melaksanakan tuntutan agama dan menjauhi tegahan agama semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah dan takut kepada kemurkaan-Nya, maka itulah yang dinamakan ikhlas.

Menurut Imam Hassan Al-Banna:

“Ikhlas adalah setiap kata-kata, amalan dan jihad setiap Muslim hanya kerana Allah SWT, untuk mencari keredhaan dan ganjaran baik dari-Nya, tanpa memandang kepada imbuhan duniawi, kemewahan, kemegahan atau gelaran. Justeru, insan itu menjadi pengikut kerana akidah dan fikrah bukan kerana kebendaan atau sebarang kepentingan peribadi.”

Ikhlas ini sebenarnya melalui niat menurut hadis Rasulullah yang dapat kita lihat dalam Kitab hadis 40 karangan Imam Nawawi:

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Tanda Ikhlas dalam melakukan Pekerjaan

1) Membuat sesuatu tanpa mengharapkan balasan
2) Buat kerana Allah dan tidak hiraukan perkataan manusia
3) Rasa mudah dan senang apabila melakukan kebaikan atau kerja tersebut.

Janji Allah terhadap orang yang Ikhlas

1)Tidak akan diganggu syaitan

Firman Allah:


Maksudnya: 
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik (punya sifat ikhlas)".
(Surah Al-Hijr: ayat 39-40)

2) Dapat berjumpa dengan Allah di akhirat.

Firman Allah:


Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
(Surah Al-Kahf: ayat 110)


Jadi sahabat sekalian, marilah sama2 kita cuba ikhlaskan diri kita dalam setiap perbuatan kita.Memang Ikhlas ini susah dan perlu dipupuk bagi sesetengah orang, dan ini diakui oleh seorang ulama':


Sufyan Ats-Tsauri pernah berkata:
“Sesuatu yang paling sulit bagiku untuk aku luruskan adalah niatku, kerana ia sering berubah.”


moga Allah menempatkan kita semua didalam golongan yang ikhlas...insyaAllah...w'salam

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...