photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Friday, August 3, 2012

Takabur: Haruskah ada dalam diri?


Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar sahabat semua? moga sentiasa dalam rahmat Allah semuanya...ameen :)

Ok pada hari neh iman nak kongsikan dengan sahabat tentang salah satu sifat yang dicela oleh agama iaitu takabur. 

Maksud Takabur

Takabur berasal dari perkataan "kabir" yang membawa maksud besar, maka takabur adalah satu perasaan besar dan megah pada diri.Pertama sekali yang mempunyai sifat takabur adalah syaitan ketika Allah menyuruhnya agar sujud kepada Nabi Adam a.s tetapi syaitan tidak membantah dan berkata :



Iblis menjawab: "Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya".
(Surah Al Hijr: ayat 33)

Oleh sebab itu dikatakan sesiapa yang mempunyai sifat Takabur adalah pengikut syaitan. Larangan Allah terhadap sifat Takabbur:



Maksudnya:
Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
(Surah Luqman: ayat 18)

Tanda-tanda orang yang Takabur

1. Memandang rendah kepada orang lain.

2. Susah hendak menerima nasihat lagi2 dalam bab ilmu.

3. Senang menempelak atau memaki orang.

4. Tiada sifat tawadhuk dari segi percakapan atau perbuatan.

Kebiasaan manusia akan takabur atas:

1. Ilmu

2. Amal Ibadah

3. Kekayaan

4. Kecantikan

5. Kekuatan 

6. Pengikut


Bahaya Takabur

1.Tidak akan masuk syurga.

  Dari Abu Hurairah R.A. Rasulullah SAW    bersabda:
  Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada sifat takabur di hatinya walaupun sebesar zarah
  (Hadis Riwayat Bukhari)

2. Dijauhkan dari kebenaran.





Maksudnya:
Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.
(Surah Al-Araf: ayat 146)

Janji Allah kepada insan yang tidak Takabur:


Maksudnya:
“Negeri akhirat itu Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerusakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”
(Surah Al-Qasas: ayat 83)


Pesan Iman: jangan sekali2 bersifat Takabur kerana sifat itu amat dikeji oleh Allah, klu Allah benci masyarakat apatah lagi....insyaAllah.

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...