Perang Mu'tah berlaku disebabkan oleh pembunuhan yang dilakukan oleh Syarahbil bin `Amr Al-Futhaniy terhadap seorang utusan Rasulullah s.a.w. iaitu Al-Harith bin `Umair Al-Azdiy dari kaum Bani Lahab. Beliau diutus oleh Baginda s.a.w. membawa sepucuk surat kepada Maharaja Rom atau Pembesar Busra tetapi dia telah ditahan dan diikat oleh Syarahbil lalu dibunuhnya. Rasulullah s.a.w. amat murka dengan pembunuhan tersebut kerana mengikut peraturan pada zaman itu seseorang utusan tidak boleh diapa-apakan sehinggalah dia pulang ke tempat asalnya.
Tindakan itu suatu perkara yang amat berat bagi Rasulullah (s.a.w), sebaik sahaja berita mengenainya sampai ke pengetahuan Rasulullah, Baginda terus mengarahkan satu kontijen tentera dengan kekuatan seramai 3000 orang askar, ianya adalah tentera Islam yang terbanyak, yang belum pernah dikerahkan oleh Rasulullah selain daripada peperangan al-Ahzab.Baginda s.a.w. menghantar sekumpulan tentera yang diketuai oleh Zaid bin Harithah.
Rasulullah saw bersabda : "Jika Zaid gugur, maka pimpinan diserah kepada Ja‘far bin Abu Thaalib penggantinya, bila Ja‘far gugur, maka pimpinan diserah pula kepada Abdullah bin Rawahah penggantinya. Dan jika Abdullah bin Rawahah gugur maka hendaklah kaum Muslimin memilih penggantinya."
( Hadis Riwayat Bukhari ) .
Rasulullah s.a.w berpesan kepada mereka supaya mereka melalui kawasan di mana Harith bin Amir dibunuh, dan mengajak orang-orang di sana kepada Islam, sekiranya mereka berdegil maka hendaklah setelah memohon pertolongan dari Allah memerangi mereka dengan ungkapan yang bermaksud:
" Ayuh! dengan Nama Allah seranglah mereka yang kufur dengan Allah, janganlah kamu khianati atau menyamun, jangan bunuh anak-anak kecil atau perempuan, atau orang tua, atau orang bertapa di biara, jangan kamu tebang kurma-kurma atau pokok-pokok dan jangan robohkan bangunan-bangunan."
Di saat tentera Islam bersedia untuk bergerak keluar meninggalkan Madinah seluruh kaum muslimin di Madinah keluar untuk mengucap selamat jalan kepada tenteranya itu, ucap selamat jalan khusus kepada pemirnpin-pemimpin tentera Islam, ucapan selamat sejahtera kepada mereka sekalian, di saat yang penuh hiba dan gembira itu salah seorang pemimpin tentera Abdullah bin Rawahah menangis, bila ditanya kenapa beliau menangis, jawab beliau: Demi sesungguhnya ku menangis ini bukan kerana cintakan dunia, atau pilu meninggalkan kamu, tetapi daku telah mendengar Rasulullah membaca sepotong ayat Allah yang memperingatkan daku mengenai api neraka:
Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu.
(Surah Maryam: ayat 71)
Daku tidak tahu bagaimana daku boleh melepasinya selepas mendatanginya? Maka jawab kalian kaum muslimin:
"Semoga Allah iringi kamu dengan kesejahteraan, mempertahankan kamu, dan dikembalikan kamu ke dalam kalangan kami sebagai golongan solehin dan memperolehi rampasan-rampasan, justeru itu Abdullah bin Rawahah menjawab mereka dengan madah syairnya:
Dari Rahman ku pohon keampunan
Pukulan pedangku, ketangkasan terbukti
Tanganku menusuk tikaman
Dengan sekali, menembus perut dan hati
Kubu di tanya: “Siapa pahlawan ini?”
Dialah pejuang berani
Mendapat bimbingan Ilahi
bersambung.........
No comments:
Post a Comment