photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Sunday, July 8, 2012

MU'TAH: Peperangan kerana pembunuhan utusan. (Bahagian Akhir)


(Sambungan dari bahagian 1)


Setelah itu, berangkatlah pasukan tersebut. Syarahbil pun telah mendengar tentang kedatangan pasukan ini. Dia telah menyiapkan pasukan sebanyak seratus ribu tentera untuk melawan kaum muslimin. Dalam pada itu, para sahabat r.a. juga telah mendengar khabar bahawa Heraclius, raja Romawi, juga telah mengirim seratus ribu tenteranya untuk ikut  menyerang  kaum muslimin. Ketika khabar itu sampai kepada kaum Muslimin, mereka berhenti di Ma’aan dua malam untuk merundingkan perkara mereka. Mereka mengatakan:
    
“kita harus menulis surat kepada Rasulullah saw dan memberitahu baginda jumlah musuh kita, tetapi adakah Baginda  akan memberikan bantuan pasukan atau akan menyuruh kita dengan perintahnya?” Abdullah bin Rawahah lalu memberikan semangat kepada kaum Muslimin, beliau berkata:
    
“wahai kaum muslimin! Demi Allah, sesungguhnya yang kalian benci sekarang adalah sebab kalian keluar dan kalian inginkan adalah syahid. Kita tidak memerangi mereka dengan jumlah, tidak pula dengan kekuatan, tidak pula dengan banyaknya tentera. Melainkan tidaklah kita memerangi mereka selain kerana agama ini yang mana Allah telah memuliakan kita dengannya. Maka bergeraklah, kerana sesungguhnya yang menanti adalah satu dari dua kebaikan, kemenangan atau mati syahid.”


Mendengar kata-kata tersebut, semangat kaum muslimin pun bangkit kembali. Mereka terus maju sehingga sampailah pasukan tersebut di Mut'ah dan mulailah pertempuran berlangsung antara mereka dengan pasukan musuh. Dalam permulaan pertempuran, bendera dibawa oleh Zaid bin Haritsah r.a. beliau merempuh serangan musuh penuh keberanian tiada tara, terus beliau mengasak hinggalah beliau terkena tikaman musuh, membawa beliau terkorban sebagai seorang syahid.


Lalu, bendera diambil alih oleh Ja’faar dan dia berperang dengan gigihnya sambil memegang bendera, hingga perang telah sangat membebaninya. Lalu dia mendekati kudanya dan mencederai kuda tersebut kemudian bertarung hingga terbunuh. Ja’faar adalah yang pertama kali mencederai kuda di dalam Islam pada waktu peperangan. Tangan kanannya terputus, lalu bendera dipegang dengan tangan kirinya. Tangan kirinya pun terputus, maka dia mendekap bendera tersebut hingga terbunuh. Usia beliau pada waktu itu baru mencapai 33 tahun.
    
 Rasulullah saw bersabda tentang Ja’faar: “ sesungguhnya Allah menggantikan kedua tangannya dengan dua sayap yang dipergunakannya untuk terbang di syurga kemana sahaja dia kehendaki.”
Dan ketika Jaafar gugur selepas pertarungan yang sengit itu maka bendera Islam dicapai oleh Abdullah bin Rawahah, dengan itu beliau pun terus memecut kudanya mara ke hadapan, beliau teragak-agak untuk turun dari kudanya, hinggalah keadaan memaksa beliau, di sini beliau bermadah:


Duhai jiwa ku! ku bersumpah
kau pasti menghadapi kerelaan cabaran
kiranya sudah orang mencapainya
kenapa kau berlengah
membenci syurga Allah ?.


Beliau melompat turun, kemudian anak saudaranya menghadiahkan seketul daging dengan berkata: Makanlah buat menguat badanmu, hari ini kau menghadapi keadaan yang sama yang pernah kau alaminya. Beliau mengambilnya dan mengigit secebis kemudian beliau membuangnya. Lantas beliau menghunus pedangnya sambil mara ke hadapan dan terus bertarung hingga gugur sebagai syahid.


Kemudian bendera diambil oleh Khalid bin Al-Walid, padahal dia tidak ditunjuk sebagai pemimpin pasukan. Dia mengangkat dirinya sendiri sebagai panglima. Lalu Rasulullah saw mengangkat dua jarinya dan berkata: “Ya Allah, dia adalah pedang dari pedang-pedang-Mu, maka tolonglah dia.”Maka sejak saat itulah Khalid digelari Pedang Allah.khalid yang menyedari pertempuran berjalan tidak seimbang lalu mengatur strategi. ketika itu pertempuran hanya berlaku di waktu siang. di waktu malam, beliau merancang dan menyusun tentera-tentera islam. pasukan sayap kanan ditukarkan ke sayap kiri, begitulah sebaliknya. pasukan belakang, dikehadapankan, begitulah sebaliknya. di belakang pasukan tentera islam khalid letakkan satu pasukan berkuda yang membawa dahan dan ranting kayu, mengheretnya di padang pasir agar timbul debu-debu yang berterbangan. seolah-olah pasukan bantuan tiba. ada kumpulan yang bertakbir dan tahlil beramai-ramai untuk menambahkan kegerunan musuh.


Gabungan qiamulail di malam hari, merintih, mengadu pada tuhan dan strategi peperangan dari seorang yang pakar ternyata berhasil. Bantuan Allah pun sampai. ketakutan menyelubungi hati tentera-tentera rom dan arab badwi. wajah-wajah yang berperang, sudah berubah. bukan muka-muka yang mereka lihat sebelum ini. ditambah dengan debu-debu yang tebal berterbangan di belakang pasukan tentera muslim dan takbir dan tahlil yang bergema hebat, seolah-olah ada bantuan ketenteraan yang sampai. ia menggentarkan hati tentera. malah ada ketikanya kuda khalid sampai berdekatan dengan khemah ketua tentera lalu rom lalu menarik diri dari medan pertempuran. bilangan 3000 pun mereka belum berjaya hadapi, betapa lagi kalau bergabung dengan tentera tambahan. di saat kucar-kacir tentera rom ini, khalid mengambil peluang mengundurkan diri, menyelamatkan sahabat-sahabat dari jumlah kematian yang mungkin bertambah.


Perang yang telah berjalan selama seminggu  itu berakhir tanpa ada kemenangan dari kedua pihak, kaum muslim kehilangan 13 orang tenteranya yang menemui syahid sedangkan di pihak rom seramai 3350 orang. tetapi melihatkan angka kematian berbanding jumlah tentera, moralnya rom kalah dalam pertembungan pertamanya dengan tentera islam. satu angka yang ajaib, 200,000 orang menentang 3000 orang hanya membabitkan kematian 13 orang islam sahaja. pun begitu, hanya ada 3 maqam sahaja yang masih kekal hingga ke hari ini, medan peperangan mu'tah bersama runtuhan masjid lama.


Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...