photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Sunday, August 12, 2012

Imam Malik: Dari Biduan kepada Ilmuan.



Riwayat Hidup

Imam Malik Rahimahullah atau nama sebenar beliau Malik bin Anas bin Malik Amir Al-Harith dilahirkan di Kota Madinah pada 93 Hijrah bersamaan dengan tahun 713 Masihi, iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik daripada kerajaan Bani Umaiyah. Beliau berasal dari keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh masyarakat kerana datuknya Amir bin Al-Harith banyak berkorban bersama Nabi Muhammad s.a.w. dalam menegakkan agama Islam.

Perjalanan ilmu Imam Malik

Cita-cita Imam Malik sebelum belajar ilmu adalah menjadi seorang biduan yakni penghibur,tetapi atas nasihat ibunya,beliau memadamkan hasrat itu dan beralih arah mempelajari ilmu Fiqh. Beliau telah menghafal ayat-ayat al-Quran dan hadis semenjak kecil dan mendapat pendidikan di Kota Madinah daripada beberapa orang ulama terkenal di sana. Guru pertama beliau adalah Abdul Rahman bin Harman iaitu seorang ulama besar Madinah yang telah memberi pendidikan kepada beliau selama lapan tahun. Akibat dari kecerdasan akalnya yang luar biasa, beliau pernah menghafal 29 buah hadis daripada 30 buah hadis yang dibacakan oleh gurunya dalam satu hari sahaja. Beliau pernah belajar daripada 900 orang guru dari kalangan tabiin dan tabi’ tabiin. Imam Malik banyak menimba ilmu pengetahuan di Kota Madinah yang pada masa itu menjadi pusat pengajian ilmu, khususnya ilmu agama.

Minat kepada Nyanyian

Berhubung dengan kegemaran Imam Malik kepada keindahan atau kemanisan hidup ialah penumpuan beliau dalam bidang nyanyian, seperti yang diketahui sejak kecil Imam Malik amat berminat dengan nyanyian. Walaupun sudah mempelajari Ilmu yang berkaitan agama,tapi beliau masih tidak dapat melupakan minatnya itu. Beliau tetap menikmati lagu-lagu dan memandang tinggi kepadanya.

"Pernah pada suatu hari seorang biduan sedang asyik menyanyi suatu
rangkap pantun yang beerti:
Apakah keadaan kaum kamu wahai Ribah,
Mereka memandang dengan ekor mata seolah-olah kemarahan

Mendengar lagu itu, Imam Malik pun membuka jendela dan menegur kesilapan tentang alunan dan penyampaian biduan tersebut. Selepas itu beliau sendiri mengalunkan lagu yang lebih sedap dan baik. Bukti ini menjadi saksi bahawa Ulama ini amat berminat dengan nyanyian. Beliau tidak pernah mengharamkan nyanyian malah mengharuskannya.

Kitab yang dikarang

Kitab beliau yang paling masyhur adalah kitab Al-Muwattak. Al-Muwattak bererti ‘yang disepakati’ atau ‘tunjang’ atau ‘panduan’ tentang ilmu dan hukum-hukum agama. Kitab tersebut merupakan sebuah kitab yang mengandungi hadis-hadis hukum yang dikumpulkan oleh Imam Malik serta pendapat para sahabat dan ulama-ulama tabiin. Kitab ini lengkap dengan pelbagai masalah agama yang merangkumi ilmu hadis, ilmu fiqh dan sebagainya. Semua hadis di dalam kitab ini adalah sahih kerana Imam Malik terkenal dengan sifatnya yang tegas dalam penerimaan hadis tertentu. Beliau sangat berhati-hati ketika menapis, mengasingkan dan membahas serta menolak riwayat yang meragukan. Daripada 100,000 buah hadis yang dihafal beliau, hanya 10,000 sahaja diakui sah dan daripada 10,000 hadis itu, hanya 5,000 sahaja yang disahkan sahih oleh beliau setelah disiasat dan dipadankan dengan Al-Quran. Menurut satu riwayat, Imam Malik menghabiskan 40 tahun untuk mengumpul dan menapis hadis-hadis yang diterima daripada guru-gurunya. Imam Syafie pernah berkata, "Tiada sebuah kitab di muka bumi ini yang lebih banyak mengandungi kebenaran selain daripada kitab al-Muwattak karangan Imam Malik."

Wafatnya Imam Malik

Imam Malik wafat di Madinah iaitu pada 14 Rabiulawal 179H selepas menderita sakit selama 20 hari. Jasad beliau dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqi dan berada dihadapan pintu perkuburan itu.

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

1 comment:

  1. http://peaceder.blogspot.com/2012/08/peaceder-6-makanan-termahal-di-dunia.html.. follow me back

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...