Assalamualaikum w.b.t
Semoga sahabat semua sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t. Hari neh saya cuba membentangkan kepada anda tentang asas Tatabahasa arab.
Dalam tatabahasa arab,kata dibahagi kepada
3 komponen :
1)
Isim ( اسم )
:
Ayat yang menunjukkan makna benda dan ia tidak Mengandungi makna masa
( kata benda )
Contoh : مسجد =
masjid
زيد
= Zaid ( nama org )
2)
Fi’il ( فعل )
: Ayat yang menunjukkan kata perbuatan dan Mengandungi masa ( kata kerja ) .
Para
ahli nahu Arab pula menta’rifkannya
sebagai apa yang menunjukkan
Peristiwa yang berlaku yang
diikuti oleh salah satu dari tiga keadaan masa iaitu
Lepas,kini & depan (masa akan datang) . ( فعل ماض , فعل
مضارع , فعل أمر )
Contoh : أصلي = saya solat
ضرب = telah memukul
3) Harf ( حرف )
: Ayat yang memberi makna sekiranya
bersama dengan ayat yang lain ( kata tugas )
Contoh : في = di dalam
الي = ke
1. Isim Mudzakkar ( مذكر ) , isim yang
menunjukkan jenis laki-laki. Isim mudzakkar terbahagi kepada 2 :
* mudzakkar haqiqi ( حقيقيمذكر ) ialah yang menunjukkan
kelompok hidup seperti manusia dan
haiwan.
Contoh : عيس = Isa
ابن ( ibnu ) = anak lelaki
* mudzakkar majazi (مجازي
مذكر ) ialah yang tidak menunjukkan
manusia dan haiwan,iaitu kelompok benda mati.
Contoh : بحر ( bahrun ) = laut
بيت ( baitun ) = sebuah
rumah
2. Isim
Muannas ( مؤنث ),isim yang menunjukkan jenis perempuan.Juga terbahagi kepada 2
:
* Muannas haqiqi ( مؤنث
حقيقي ), ialah yang juga
menunjukkan kelompok hidup seperti.
Contoh : مريم = Maryam
بنت ( bintun ) = anak
perempuan
هرة (
hirratun ) = anak kucing betina
* Muannas majazi ( مجازيمؤنث ),ialah yang menunjukkan
kelompok benda mati yang berjenis perempuan.
Contoh : شمس ( syamsun ) = matahari
سماء (
sama’un ) = langit
Moga entri ini bermanfaat untuk sahabat sekalian. InsyaAllah akan dikemaskini dari semasa ke semasa tentang bahasa arab ini.sekian :)
Sumber: Mu'tah, Jordan.
No comments:
Post a Comment