photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Friday, September 28, 2012

Pancaindera: Bukti kekuasaan Allah dan PembalasanNYA.


Assalamualaikum w.b.t,

Bila disebut tentang kurniaan Allah apa yang akan kita lihat dahulu? Adakah harta yang banyak? Keluarga yang bahagia? Hidup yang senang dan sempurna? Sebenarnya nikmat yang paling besar yang dikurniakan selepas iman adalah pancaindera. Renungkanlah nikmat Allah yang diberikan kepada manusia, Allah ciptakan akal agar kita boleh berfikir, menciptakan mata untuk melihat, mencipta telinga untuk mendengar, menciptakan mulut supaya anda boleh bercakap dan makan, menciptakan kulit yang disertakan dengan kepekaan kepada rasa-rasa yang tertentu dan begitu juga dengan lidah. Maha Suci Allah memberikan kita kenikmatan ini.

Mari sama-sama kita fikirkan mengapa kita semua dikurniakan dengan anugerah seperti ini, adakah untuk merosakkan agama? Merosakkan silaturahmi? Membuat kerosakan diatas bumi ciptaan Allah?
Sebenarnya Allah menciptakan pancaindera ini disebabkan perkara-perkara berikut:

1.Membuktikan kebenaran dan kekuasaan Allah SWT
2.Sebagai keistimewaan manusia.
3.Supaya manusia dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai Khalifah
Allah dengan sempurna.
4.Supaya manusia sentiasa bersyukur dengan nikmat-nikmat tersebut
5.Dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Tahukah kita sekiranya pancaindera ini tidak dikurniakan amat sukar bagi kita sebagai manusia untuk hidup di dunia ini, sedarkah kita jika hanya satu pancaindera kita diambil maka kita akan sukar untuk melaksanakan tugas dalam tugas seharian kita sebagai manusia, cuba kita lihat saudara-saudara kita diluar sana yang tidak cukup pancaindera apakah mereka berasa senang ketika bergerak dan sebagainya. Wahai sahabat2ku jika semua perkara ini sudah kita perolehi maka apa lagi yang kita mahu dustakan tentang kasih sayang Allah kepada kita, mengapa kita sentiasa membuat kerosakan diatas kurniaan yang Allah berikan kepada kita?Janganlah kita menggunakannya untuk melakukan kemurkaan dan menarik bala dari Allah. Sedarlah wahai sahabat2 semua bahawa Allah akan membalas segala perbuatan kita sekiranya tidak menggunakan pancaindera yang dikurniakan dengan sebaiknya, Firman Allah:



Maksudnya:
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Surah Al-Araf: ayat 179)



Maksudnya:
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
(Surah Al-Isra’: Ayat 36)

Jadi marilah sama2 kita nilai kembali tentang kesempurnaan dunia yang Allah telah kurniakan kepada kita dan memikirkan apakah yang harus dilakukan dengan adanya pancaindera ini. Wallahu’alam.

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...