Assalamualaikum w.b.t
Pada Entri yang lepas iaitu Solat Fardhu: Syarat dan Rukun saya telah menerangkan kepada sahabat tentang asas wajib solat, jadi hari neh mari sama2 kita lihat pula bacaan dalam solat dan maksudnya :
1.Takbir:
Pada Entri yang lepas iaitu Solat Fardhu: Syarat dan Rukun saya telah menerangkan kepada sahabat tentang asas wajib solat, jadi hari neh mari sama2 kita lihat pula bacaan dalam solat dan maksudnya :
1.Takbir:
Maksudnya: Allah Maha Besar
2. Al-Fatihah:
Maksudnya:
1. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
2. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
3. Yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
4. Yang menguasai hari pembalasan.
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
6. Tunjukkan kami jalan yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
3. Rukuk:
Maksudnya:
"Maha Suci Tuhanku yang Maha Besar lagi Maha Terpuji"
4. Iktidal ( Lafaz sebelum sujud ):
Maksudnya:
"Tuhan mendengar setiap pujian padaNYA"
5. Sujud:
Maksudnya:
" Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi lagi Maha Terpuji"
6. Duduk Diantara 2 Sujud:
Maksudnya:
" Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku"
7. Tahiyyat Akhir:
Maksudnya:
1.Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
2.Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
3.Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
4.Aku naiks aksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
5.Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keatas keluarganya.
6.Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
7.Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya
8.Sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
9.Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Dan untuk solat subuh pula sahabat2, kita ada tambahan sunat muakkad mengikut mazhab Shafie...iaitu doa qunut. Sahabat ingat x? jom kita telaah sama2:
Doa Qunut:
Maksudnya:
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnyahanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, yaTuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dans ahabat-sahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.
Jadi sahabat sekalian apa kepentingan kita tahu bacaan solat dan maknanya? klu ikut fikiran memang xperlu pun nak tahu makna bukan wajib pun....tapi bagi saya secara jujurnya kita kena tahu jugak apa yang kita baca untuk lebih menghayati solat kita....macam makan klu nasi semata2 sedap x makan? mesti nak lauk baru sedapkan?macam 2 juga dengan solat. Moga entri ini memberikan sedikit ilmu kepada sahabat semua dan sama2 mendapat manfaatnya InsyaAllah. Klu sudi sahabat boleh lihat entri saya tentang : Hadis 40: Setiap amalan yang baik adalah sedekah.
No comments:
Post a Comment