Assalamualaikum w.b.t
Moga sahabat dalam keadaan chat sentiasa..ameen :)
Jadi hari neh sebenarnya nak kongsi dengan sahabat2 semua tentang kewajipan solat. Mungkin ramai yang sudah banyak baca dan tahu tentang wajibnya solat neh. Penulisan saya ini adalah untuk mereka yang belum tahu dan ingin tahu...insyaAllah :)
Solat satu perkara wajib yang Allah perintahkan kepada kita sebanyak 5 waktu. Solat klu diikutkan sebenarnya sangat mudah dan tidak perlu ada alasan untuk tidak solat, sebab solat hanya mengambil masa sekurang2nya 25 minit sahaja satu hari. 25 minit dari 24 jam / 1440 minit. ckit sangat 2 :)
Firman Allah tentang wajib solat:
Maksudnya: Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.
Syarat sah solat :
1. Mengetahui masuk waktu (boleh tgk kat kalendar atau dengar azan kat tv dan radio)
2. Menghadap kiblat.
3. Menutup aurat
4. Suci dari najis.
5. Suci dari hadas. (hadas besar mahupun kecil)
Rukun solat:
Apa rukun solat? rukun solat adalah perbuatan atau perkara yang kita perlu buat untuk lengkapkan solat kita. ada 13 je pun xbanyak :)
1. Niat
2. Takbiratul ihram (angkat takbir)
3. Berdiri bagi yang berkuasa (klu sakit xdaya boleh duduk, baring pun boleh)
4. Baca Al-fatihah (bacaan surah lain adalah sunat)
5. Rukuk serta tukmaninah (tukmaninah berhenti sebentar)
6. Iktidal (berdiri tegak selepas rukuk dan sebelum sujud)
7. Sujud ( 7 anggota: dahi, dua tapak tangan, dua lutut, dua perut jari kaki)
8. Duduk antara dua sujud dengan tukmaninah.
9. Duduk tahiyat akhir.
10. Baca Tahiyat akhir.
11. Selawat ke atas Nabi.
12. Salam pertama
13. Tertib ( mengikut urutan )
ckit je dan kita mampu lakukan :) insyaAllah.
Jadi itu serba sedikit pasal solat untuk kali neh...insyaAllah saya akan update lagi untuk bacaan dalam solat :)
Kita kena usaha atas amal kita sahabat2 sekalian...sama2 nak masuk syurga jadi kena sama2 sampaikan dan amal...jangan lupa :) insyaAllah.
No comments:
Post a Comment