photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Wednesday, September 19, 2012

Hadis 40: Sifat Buruk Manusia


Daripada lbnu 'Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:Sekiranya manusia diberikan setiap tuntutan dan dakwaan mereka, nescaya ramai orang akan menuntut harta dan darah kaum lain (iaitu menuntut bunuh balas), akan tetapi mestilah tuntutan itu berbukti keterangan bagi pihak yang mendakwa dan sumpah bagi orang yang tidak mengaku.

(Hadis Riwayat Imam Al-Baihaqi, Taraf hadis ini Hassan)


Pengajaran hadis:

1. Hadis ini menerangkan sikap dan tabiat buruk kebanyakan manusia di mana mereka gemar mendakwa sesuatu yang bukan milik mereka. Sekiranya semua dakwaan mereka dituruti, nescaya akan kecohlah sistem kehidupan manusia. Secara tidak langsung ia membayangkan bahawa banyak persengketaan, pergaduhan malah pembunuhan dan peperangan yang berlaku di kalangan manusia membabitkan soal harta benda dan kekayaan.

2. Untuk menghadapi kes tuntutan dan dakwaan seumpama ini, lslam membawa suatu kaedah kehakiman yang bijaksana iaitu setiap orang yang mendakwa sebarang tuntutan mestilah mengemukakan bukti keterangan menyokong dakwaannya sementara orang yang didakwa pula mestilah bersumpah menafikan tuduhan tersebut.

3. Agama lslam adalah agama yang adil dan menyelesaikan masalah umatnya secara adil dan saksama


Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...