photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Monday, September 10, 2012

Ulasan Metro: Percayakan Bomoh (Syirik kepada Allah)



Assalamualaikum w.b.t

Moga sahabat2 sekalian sentiasa dalam rahmat Allah...aameen =)

Pada pagi tadi sedang berehat sebentar semasa bekerja, saya telah terbaca tentang sebuah keluarga yang kerugian RM 12,000 kerana termakan dakyah seorang bomoh yang kononnya boleh tahu tarikh mati dan dijanjikan dengan pengampunan dosa. Terfikir juga dalam kepala apakah sebabnya sehingga jadi begini? Sedangkan manusia sudah diberikan akal dan sudah diberikan peringatan wahyu tentang perkara ini.

Jika dinilai kembali Islam telah mengajar kita tentang alam ghaib, tetapi hanya Allah sahaja yang tahu tentang alam ghaib ini. Firman Allah:


Maksudnya: Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!" Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).
(Surah Al-Naml: Ayat 65)

Bukan itu sahaja, perkara yang paling ditakuti dengan perkara ini adalah bab Syirik kepada Allah, kerana sesungguhnya dosa yang tidak terampun adalah syirik kepada Allah dan ianya berdosa besar, secara automatiknya jika syirik kepada Allah maka kita menjadi insan yang kufur. Nauzubillah. Firman Allah berkaitan dengan dosa syirik:


Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.
(Surah An-Nisa' : ayat 48)

Bagi pendapat saya secara peribadinya inilah akibatnya jika jauh dari Allah dan tidak mengamalkan ajaran Islam. Sangat sedih apabila terjadi perkara seperti diatas kerana ianya terjadi kepada saudara seagama dengan kita, maka sahabat2 sekalian marilah kita ambil iktibar dari perkara yang terjadi dan jadikan pengajaran. Tidak mustahil ianya akan terjadi kepada kita jika Islam tidak kita amalkan. wallahu'alam.



Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...