photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Wednesday, October 31, 2012

Abu Ayyub Al-Ansari: Sahabat Nabi yang dimuliakan rumahnya.


Nama lengkap beliau adalah Khalid bin Zaid bin Kulaib bin Tsalabah. Dikenali sebagai Abu Ayyub. Beliau dari keturunan Bani Najjar. Beliau lahir pada 586 Masihi/ 36 Tahun Sebelum Hijrah. Beliau termasuk dalam salah seorang dari kalangan 70 orang Ansar yang turut serta dalam bai'at Aqabah II.

Ketika Rasulullah S.A.W berhijrah ke Madinah pada 622 Masihi, Baginda telah ditawarkan untuk menginap di setiap rumah orang Ansar, tetapi Baginda membiarkan unta Baginda berjalan hinggalah unta itu berhenti di hadapan rumah Abu Ayyub. Rasulullah pertama kali tinggal di tingkat bawah dan Abu Ayyub di tingkat atas. Abu Ayyub terus mendesak Baginda duduk di tingkat atas kerana malu berada diatas sedangkan Rasulullah berada dibawah. Akhirnya Rasulullah menuruti keinginan Abu Ayyub. Rasulullah mempersaudarakan beliau dengan Mush'ab bin Umar.

Dikhabarkan beliau suka makan satu bekas dengan Nabi, dan menyertai setiap peperangan dari Perang Badar dan seterusnya. Beliau dikenali dengan sifat Sabar, Berani, Bertaqwa dan sangat suka berperang dijalan Allah.

Ketika berlaku Perang Siffin diantara Ali bin Abi Talib dan Muawiyyah bin Abu Suffian,beliau menyebelahi Ali. Setelah Ali meninggal dunia, beliau dan bersama orang Muslimin bergerak menuju ke konstatinopel dan beroleh syahid disana. Ketika itu tentera dibawah pimpinan Yazid bin Muawiyyah. Beliau berpesan kepada Yazid bin Muawiyyah agar dikebumikan di daerah Romawi, Konstatinopel, bermaksud inginkan kemenangan di pihak Islam. Tentera Muslimin memegang amanat itu dan beroleh kemenangan dan jasad beliau dikebumikan di depan kubu Konstatinopel.

Beliau meninggal dunia diusia 88 tahun bersamaan 674 Masihi/ 52 Hijrah. Beliau meriwayatkan 155 hadis dari Nabi. Diantaranya:

Dari Abu Ayyub al-Anshari r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.”

(Hadis Riwayat Muslim)


Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...