photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Saturday, November 10, 2012

Fikir2: Doa (dalil dan sebab tidak diterima)


Assalamualaikum w.b.t

Setiap hari boleh dikatakan kita berdoa dan mengharapkan agar doa kita itu dimakbulkan, jadi hari ini sama2 kita lihat apakah dalil2 yang berkaitan dengan doa dan sebab terhijabnya doa tersebut. Allah telah berfirman dalam al-Qur'an bahawa Dia dekat dengan manusia dan akan mengabulkan permohonan orang-orang yang berdoa kepada-Nya.
Firman Allah:


Maksudnya:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka):sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(Surah Al-Baqarah: 186).

Doa disamping sebagai bentuk amal ibadah, ia juga merupakan kurniaan Allah yang sangat berharga bagi manusia, Kerana melalui doa, Allah akan memberikan kepada manusia sesuatu yang Dia pandang baik dan bermanfaat bagi diri hambaNYA. Allah menyatakan pentingnya doa dalam FirmanNYA:


Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): "Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu); dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu".
(Surah Al-Furqan: 77)

Di dalam al-Qur'an, Allah memerintahkan manusia agar berdoa dengan merendahkan diri:


Maksudnya:
“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.”
(Surah al-A'raf: 55).

Dalam ayat lainnya, Allah menyatakan bahawa Dia mengabulkan doa orang-orang yang teraniaya dan orang-orang yang berada dalam kesusahan:


Maksudnya:
Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).
(Surah an-Naml: 62).

Bukanlah dikatakan bahawa kita harus berdoa hanya ketika susah sahaja, kita juga harus berdoa di waktu kita senang dan lapang kerana ia membawa makna Ikhlas dan redha kita bahawa hanya Allah tempat mengadu, meminta dan sebagainya,hanya Dia yang Maha Kuasa. Seperti kita sebagai manusia, sekiranya ada seorang dari sahabat kita yang tidak langsung bertegur sapa dengan kita disaat kita tiada apa2, tetapi apabila ingin meminta bantuan baru dia datang meminta kepada kita dengan perkataan yang baik dan manis, secara logik akalnya adakah kita terus membantu atau akan berfikir dahulu. Begitu juga dengan Allah walaupun Dia sayangkan hambaNYA tetapi tidak semua doa akan dimakbulkan dengan sewenang2nya kerana memang sifat manusia biasa apabila mendapat kesenangan dengan mudah maka dia akan lupa dimana dia berada sebelum ini.

Sebab-Sebab Doa Tertolak

Ibrahim Adham pernah ditanya apakah sebab doa tertolak, beliau menjawab terhijabnya doa disebabkan 10 perkara :
1) Kamu mengenali Allah tetapi tidak menunaikan hakNya (perintahNya).
2) Kamu membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengannya.
3) Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu tetapi kamu menurut hasutannya.
4) Kamu mendakwa mencintai Rasulullah tetapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya.
5) Kamu mendakwa mencintai syurga tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
6) Kamu mendakwa membenci neraka tetapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa.
7) Kamu mendakwa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.
8) Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.
9) Kamu makan rezeki Allah tapi kamu tidak mensyukurinya.
10) Kamu mengebumikan jenazah saudaramu tetapi kamu lupa mengambil ikhtibar daripadanya.

Jadi sahabat2ku sekalian marilah sama2 kita mengambil ikhtibar dan berusaha agar doa kita itu dlafazkan dengan hati yang suci dan niat dan ikhlas,kerana sesungguhnya hanya Allah yang berkuasa untuk memakbulkan setiap doa kita.Wallahu’alam.

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...