photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Tuesday, January 15, 2013

Sahabat: Kasih Sayang menuju Syurga

Assalamualaikum w.b.t

fuh fuh....berdebu dah blog neh... apa khabar sahabat semua? moga sentiasa dalam rahmat Allah...ameen.Sangat2 cbuk dan masa sangat2 pack sejak kebelakangan neh..

Jadi hari neh iman nak kongsikan kepada sahabat semua tentang kasih sayang menuju ke Syurga.... bukan couple ye tapi neh tentang berkasihan sesama saudara Islam kerana Allah atau dalam erti kata sahabat  :)

Sahabat boleh diertikan sebagai insan yang sangat dekat dengan kita selain ibu bapa dan adik beradik kita. Apa beza sahabat dan kawan? sangat2 berbeza... Kawan adalah orang yang mengenali kita tetapi bukan selalunya ada diwaktu susah dan senang. Sahabat pula adalah insan yang mengenali diri kita dan sentiasa ada didalam keadaan susah dan senang serta boleh dipercayai. Itulah yang dimaksudkan mencintai satu sama lain kerana Allah. Perkara ini sesuai dengan hadis nabi yang mafhumnya:

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Kalian tidak akan masuk syurga hingga kalian beriman, dan tidaklah kalian beriman hingga kalian saling menyayangi. Mahukah kalian aku tunjukkan atas sesuatau yang mana apabila kalian mengerjakannya nescaya kalian akan saling menyayangi. Sebarkan salam diantara kalian"

( Hadis Riwayat Sahih Muslim)

Dan apa janji Allah keatas mereka yang mengasihi sesama sendiri kerana Allah?

Sabda Rasulullah s.a.w :

" Sesungguhnya Alla berfirman pada hari kiamat kelak: " Mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKU? Hari ini ku naungi mereka, dimana tidak ada naungan pada hari ini selain naunganKU."

Jadi sahabat sekalian moga kita semua akan mendapat janji dari Allah ini. Bersahabatlah kerana Allah. Moga Allah merahmati sahabat senmua...ameen :) wallahu'alam.

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...