photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Friday, December 21, 2012

Akidah: Dosa kecil jadi Dosa BESAR? boleh ke?


Salam alaik sahabat sekalian.... moga di pagi yang indah ini anda semua dalam keadaan gembira dan sentiasa dalam rahmat Allah....insyaAllah.

Jadi pada pada pagi neh Iman nak kongsikan dengan sahabat semua tetang DOSA KECIL, nampak remeh tapi sebenarnya boleh mengundang kepada DOSA BESAR sekiranya tidak diberikan perhatian maka ianya akan boleh menjadi Dosa Besar. Antaranya:

1)Berterusan melakukan dosa kecil.

Ini berdasarkan Hadis Nabi S.A.W:

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
" Tidak akan menjadi dosa kecil  ( akan menjadi dosa besar ) jika ia dilakukan secara berterusan dan tiada lagi menjadi dosa besar jika dia     memohon keampunan.

2)Memandang remeh terhadap dosa kecil.

Kita sangat-sangat dilarang memandang kecil dengan dosa. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w :
 
Daripada Anas RA katanya, “Sesungguhnya kamu mengerjakan perbuatan
yang pada pandangan kamu ia lebih halus daripada rambut pada hal kami pada zaman Rasulullah SAW mengira perbuatan itu di antara perkara-perkara yang mencelakakan  (dosa besar).”
( Riwayat Imam Bukhari)

3)Merasa gembira dengan kesalahan tersebut dan menyebarkannya.

Perkara ini ada dinyatakan dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda:

Semua umatKu akan diampunkan kecuali orang yang menzahirkan dosanya di khalayak ramai. Antaranya: Seorang yang melakukan amalan yang buruk pada waktu malam, kemudian menceritakannya kepada orang ramai pada waktu pagi sedangkan Allah Taala telah menyembunyikan perbuatannya itu dari pengetahuan orang ramai. Di bercerita: Wahai fulan, aku malam tadi telah melakukan itu dan ini. Dia tidur dalam keadaan Allah telah menyembunyikan dosanya dari pengetahuan orang ramai tetapi sebaik dia bangun pagi hari dia mendedahkan keaibannya yang telah ditutup oleh Allah Taala.
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

4)Apabila dosa itu dilakukan oleh alim lalu diikuti oleh masyarakat.

Dalilnya berdasarkan dari satu hadis:

Siapa yang melakukan satu perkara yang tidak baik dalam Islam, dia akan menanggung dosanya dan dosa orang yang ikut melakukannya selepas darinya tanpa berkurang sedikit pun dosa-dosa itu.
(Riwayat Imam Muslim, An-Nasaie, Ahmad, Ibnu Majah dan Humaidi)

Sesungguhnya dengan Zikrullah dengan Solat itu akan menggugurkan dosa-dosa yang kecil tetapi untuk Dosa yang besar maka TAUBAT adalah jalan yang terbaik dan satu-satunya. wallahu'alam.





Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...