photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Tuesday, April 16, 2013

Kesan Sahabat yang baik.




Assalamualaikum w.b.t.

Segala pujian bagi Allah Pencipta sekalian makhluk dan Empunya sekalian alam.

Dalam kehidupan seharian kita sering kali ukhwah menjadi asam garam dalam setiap kehidupan kita. Tidak kiralah dimana sekalipun manusia memerlukan sahabat dan kawan untuk berinteraksi dalam setiap urusan kehidupan. Jadi bagaimana sahabat yang perlu dipilih? 

Hadis Nabi s.a.w:

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya beliau berkata,bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : " Seseorang itu  mengikut agama temannya. Oleh itu, hendaklah seseorang itu melihat dengan siapa dia berteman"
( Hadis riwayat Imam Tarmidzi)

Islam begitu menitik beratkan tentang memilih sahabat yang baik untuk kita mendapat kesan yang baik dalam kehidupan, seperti sahabat-sahabat yang bersahabat dengan Rasulullah s.a.w. kerana Rasulullah menunjukkan Qudwah ( contoh tauladan ) yang baik yang sangat diperlukan dalam proses pertabiahan. 

Firman Allah s.w.t.:


Maksudnya:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
(Surah Al-Ahzab : ayat 21)

Begitulah pentingnya seorang sahabat yang baik kerana sesungguhnya mereka adalah asbab kepada sikap kita dan menghadirkan Biah (suasana) yang baik. Sahabat yang baik adalah sahabat yang menegur setiap kesilapan kita, bukan mereka yang menyokong setiap perbuatan kita. Kerana didalam ukhwah itu matlamatnya untuk sama-sama memperoleh redha Allah. Perumpmaan sahabat telah disebutkan Rasulullah didalam hadisnya:

" Sesungguhnya sahabat yang soleh dengan sahabat yang buruk itu umpama penjual minyak wangi dengan tukan besi. Maka tuan empunya minyak wangi tersebut, samada dia memberi minyak wangi tersebut darinya, atau kamu tetap dapat menghidu bau wangi darinya. Sedangkan tukang besi pula, samada kamu terkena percikan api yang membakar bajumu, atau kamu terhidu bau busuk darinya"
( Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Tetapi harus diingatkan sahabatku, jangan kamu abaikan orang yang pada pandangan kamu membuat kejahatan dengan menjauhkan dirimu dengan pandangan sinis, dekatilah mereka dengan lemah lembut. Jadilah sahabat mereka walaupun sering dikritik. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah bukan kita, dekatilah mereka kerana mereka juga ada hak ke atas kita sebagai saudara. Menghindari mereka tidak membawa kesan dakwah yang menyeluruh. wallahu'alam.

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...