photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Wednesday, May 1, 2013

Pernikahan: Pemilihan wanita yang baik.

Assalamualaikum w.b.t

Dalam kehidupan seorang lelaki, semestinya memerlukan seorang wanita didalam kehidupannya, seperti Nabi Adam memerlukan Hawa didalam hidupnya. Bagi menghalalkan sesebuah perhubungan dalam antara lelaki dan perempuan perlu melalui pernikahan. Jadi bagaimana kita perlu melihat kriteria seorang wanita untuk dijadikan sebagai isteri?

Mengikut hadis Nabi s.a.w :

Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w., baginda bersabda : “Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia.”
(Muttafaqun ‘Alaih)

Jadi terdapat beberapa perkara yang ditekankan didalam hadis diatas diantaranya:

  1. Harta
  2. Keturunan
  3. Kecantikan
  4. Agama
Mengapa perkara diatas disenaraikan oleh Nabi?

Harta

Jika dilihat dari sirah Nabawiyyah, Rasulullah s.a.w pernah berkahwin dengan seorang yang mempunyai harta yakni Ummu Mukminin Saidatina Khadijah, tetapi dengan lamaran dari Sayyiditina Khadijah sendiri, dimana beliau adalah seorang usahawati yang berjaya ketika zamannya. Maka dengan adanya keupayaan dari segi harta maka beliau membantu Nabi dalam penyebaran dakwah, maka dengan contoh tersebutlah dapat kita tahu mengapa Nabi menyarankan harta sebagai salah satu perkara yang harus dilihat dalam pemilihan seorang isteri.

Keturunan

Keturunan yang baik adalah kriteria kedua didalam hadis tersebut, perlu difahami keturunan yang baik ini mengandungi dua perkara iaitu keturunan yang ramai anaknya dan juga keturunan yang terpelihara akhlaknya. Ianya berdasarkan hadis Nabi s.a.w:

Sabda Rasulullah s.a.w : "Kahwinilah wanita penyayang lagi subur. Sesungguhnya aku bangga dengan banyaknya kamu (umat Muhammad) berbanding umat-umat lain."
( Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Kecantikan

Kecantikan juga salah satu kriteria yang perlu dicari oleh seorang lelaki dalam mencari calon isteri, ini kerana dengan kecantikan juga dapat menyenangkan pandangan mata dan mendamaikan hati seorang suami.

Agama

Perkara yang terakhir disebut didalam hadis diatas adalah pernikahan kerana agama, mengapakah agama diletakkan diakhir sekali? adakah ianya tidak penting? jawapannya sesekali tidak. Agama disebutkan diakhir sekali kerana rangkuman perkara pertama dan ketiga terdapat dalam agama. Harta, Keturunan dan Kecantikan tidak kekal kerana ianya hanya tertumpu kepada duniawi dan hanya sementara, sedangkan wanita yang beragama ada harta dan perhiasan yang paling cantik.

Hadis Nabi s.a.w :

Nabi s.a.w bersabda: " Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita solehah. " 
(Hadis Riwayat Muslim) 

maka sahabat-sahabatku yang bergelar lelaki perhatikanlah apa yang kamu mahu dari pasangan kamu, tetapi ingat kamu wajib menjadi yang terbaik sekiranya inginkan wanita yang terbaik, jangan diharap wanita yang sempurna jikalau kamu sendiri tidak berusaha untuk memperbaiki agama kamu. Ingat!!!

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...