:::Rakan:::

Tuesday, May 21, 2013

Bacaan wanita sahaja: Ciri-Ciri lelaki Pilihan.

Assalamualaikum w.b.t...

So hari ini saya akan kongsikan dengan sahabat2 saya berkaitan dengan ciri2 lelaki pilihan, pada entri yang lepas saya ada membuat entri Pemilihan wanita yang baik jadi untuk adil kepada sahabat2 saya, maka saya buat entri untuk pedoman sahabat wanita pula, jom terjah:

Ciri-ciri lelaki yang pilihan adalah:

1) Taat kepada Allah dan Rasul

2) Mempunyai ilmu pengetahuan agama

3) Bekerja menyeru kebenaran dan mencegah kemungkaran

4) Mempunyai sifat berjuang untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup

5) Sentiasa membersihkan dirinya dari segala kemungkaran

6) Sentiasa bertaubat dan memperbanyakkan amalan sunat

7) Tidak mengharapkan pujian dan balasan apabila melakukan sesuatu

8) Tidak takut cercaan orang yang mencela

9) Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf

10) Berhemah tinggi dan cermat

11) Sentiasa tenang dan waspada

12) Jika ia berkahwin, maka dapat melayan isterinya dengan baik.

Jadi setakat itu sahaja panduan yang boleh saya berikan kepada sahabat sekalian, bagaimana mahu mengenali lelaki seperti ini, maka doa dan istikharah amat penting, dan jangan melihat pada pandangan mata semata2.. moga Allah merahmati sahabat sekalian. insyaAllah.

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

1 comment:

  1. Rasa2 macam dh jumpa je lelaki mcm tu.. tpi xsure lh ..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...