:::Rakan:::

Sunday, May 12, 2013

Kelazatan Iman dan bagaimana mencapainya.


Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini saya akan bawakan kepada sahabat sekalian tentang bab kelazatan Iman. Macam best je bunyi iman yang lazat neh. Jom kita baca pasal bab neh sama2:

Hadis Nabi s.a.w. :

Dari Sayyidina Al-Abbas bin Abdul Muttalib r.a, beliau berkata bahawasanya: "saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :

" Seorang akan merasai kelazatan iman, jika dia meredhai bahawa Allah S.W.T. sebagai Rabbnya, jika dia meredhai bahawa Islam ialah agamanya, dan meredhai bahawa Muhammad s.a.w seorang Nabi (Allah)."

 (Hadis Riwayat Muslim)

Kelazatan Iman ini akan terjadi sekiranya kita redha dalam setiap keadaan yang terjadi dalam hidup kita dan setiap apa yang kita lalui, maka kita hadapinya dengan tabah. Menurut Imam Ar-Rifa'ie, jalan untuk mencapai kelazatan iman ada lima iaitu:

1) Takut kepada Allah dalam keadaan sendirian ataupun dikhalayak ramai.

2) Ketaatan yang mutlak dalam melaksanakan syariat Allah.

3) Memutuskan sebarang keterpautan hati melainkan hanya berpaut kepadaNYA secara keseluruhan.

4) Ikhlas dalam perbuatan, perkataan dan niat.

5) Berwaspada dan berjaga dalam setiap lintasan dan setiap pergerakan.

Dalam hadis Nabi ada menyatakan tentang galakan menyintai Allah dan diri Baginda:

"Cintailah Allah s.w.t. kerana Dia telah mengurniakan kepadamu dengan kehendakNya, akan nikmat-nikmatNya, dan cintailah daku dengan sebab Allah s.w.t. mencintai daku"

(Hadis Riwayat Imam Tirmizi)

Jadi sahabat sekalian kejarlah kelazatan iman kerana jika ada sampai ke tahap ini maka tiada kelazatan lain yang anda inginkan selainnya. wallahu'alam.

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

2 comments:

  1. insyaAllah...sama2 mengejar & mencari kemanisan iman dlm kehidupan :)

    ReplyDelete
  2. Pengisian yg sangat bagus (Y) teruskan ye :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...