:::Rakan:::

Monday, May 20, 2013

Tips Sihat: Sebab Penyakit Hati

Penyakit hati adalah gejala yang yang menunjukkan sikap ataupun perilaku yang salah dalam kehidupan manusia. Ia menimbulkan kesan buruk kepada kesihatan. Menurut Ibn Qayyim, terdapat 3 faktor yang menyebabkan penyakit hati iaitu:

  1. Sering lakukan maksiat
  2. Gemar berfoya-foya
  3.  Mencintai dunia secara berlebihan.
Didalam bab mencintai dunia secara berlebihan, Al-Quran telah merekodkan perkara yang dicintai manusia yakni:


1) Wanita
2) Anak
3) Perhiasan
4) Kenderaan
5) Ternakan/ Pelaburan
6) Perniagaan

Ia disandarkan kepada Firman Allah:


Maksudnya:

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
( Surah Ali Imran: ayat 14)







Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...