photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Thursday, June 13, 2013

Tips Sihat: Kandungan Madu dan Tips Penyimpanan.

Madu mengandungi pelbagai enzim yang bermanfaat bagi menjaga kesihatan dan mengubati penyakit. Antara enzim itu adalah:

1. Diastase yang bermanfaat mengubah polisakarida menjadi monosakarida.

2. Invertase mengubah sukrosa menjadi glukosa dan fruktosa.

3. Glukosa oksidase mengubah glukosa menjadi asid peroksid.

4. Peroksid menjalankan proses oksidasi metabolik.

5. Lipase memecahkan lemak kompleks menjadi asid lemak.

Secara keseluruhannya, enzim ini bermanfaat bagi tubuh. Namun begitu, bagi memastikan enzim di dalam madu tidak rosak, pastikan sahabat sekalian menyimpan madu dengan betul.

Cara Menyimpan Madu 

  1. Jangan simpan madu di dalam peti sejuk.
  2. Elakkan daripada cahaya matahari (direct sunlight)
  3. Jauhkan daripada tempat yang mempunyai kelembapan yang tinggi. Ini kerana madu bersifat hidroskopik (menyerap air).
  4. Jangan biarkan bekas madu terdedah kepada udara. Sifat hidroskopik ini akan menyebabkan madu itu semakin cair jika berbuat demikian.
  5. Sebaik-baiknya madu disimpan dalam bekas kaca. Bagaimanapun ia boleh juga disimpan dalam bekas plastik jenis PET dan bukan jenis PVC. Jangan simpan dalam bekas logam.

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...