photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Wednesday, August 28, 2013

Kisah Dan Pengajaran: Nabi hebat dalam gusti?

Hari ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang kehebatan Nabi dalam bergusti, kebiasaan yang didengar Nabi hanya berdakwah kepada masyarakat mekah hanya dengan seruan tetapi sebenarnya terlalu banyak kisah tentang Nabi berdakwah. Antaranya dengan bergusti:

Daripada Abu Daud, daripada Abi Ja'far bin Muhammad bin Rukanah  mengatakan bahawa Rukanah pernah mencabar Nabi s.a.w. untuk beradu kekuatan, lalu apabila mereka berlawan, Nabi s.a.w telah menewaskannya. 

Selain itu menurut riwayat Abu Bakar Al-Syafi'i dari Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rukanah, seorang pendekar yang terkenal dengang kekuatannya telah mencabar Nabi s.a.w untuk bergusti. Beliau mengenakan bayaran 100 ekor kambing kepada sesiapa yang kalah. Lalu Nabi s.a.w telah menundukannya 3 kali dalam 3 pusingan. Akhirnya Rukanah berkata " Wahai Muhammad! Tiada siapa pun pernah dapat membaringkan aku dalam pertarungan selainmu! Sebelum ini engkaulah yang paling aku benci, Tapi sekarang, aku naik saksi tiada Tuhan yang lebih berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad  itu Rasul-Nya. kemudian dia mengembalikan semula kambing- kambing yang dimenangi beliau pada pertarungan sebelumnya.

( Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Lihatlah sahabat sekalian, walau sekuat mana manusia itu sekiranya Allah tidak mengizinkannya, maka kekuatan itu hanya sia-sia. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha berkuasa atas sesuatu dan hanya Dia yang berhak memilih sesiapa yang dikehendakinya untuk kuat atau lemah. wallahu'alam.

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...