photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Wednesday, September 18, 2013

Ibnu Sirin:Penafsir Mimpi Yang Baik




SEJARAH KEHIDUPAN

Ibnu Sirin atau nama sebenarnya Muhammad bin Sirin ini dilahirkan di Basrah pada abad ke-8,bersamaan 33 tahun selepas penghijrahan Rasulullah s.a.w. serta dua tahun sebelum akhir pemerintahan khalifah Uthman bin Affan(653 Masihi). Bapa Ibnu Sirin yakni Sirin adalah seorang pahlawan di zaman Khalid Al-Walid ingin menawan Wilayah Sham (kawasan itu yang terdiri daripada Syria, Lebanon dan Palestin) dibawah pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab.Ibu beliau yang bernama Safiyya adalah hamba kepada Khalifah Abu Bakar.

SIFAT PERIBADI

Ibnu Sirin ialah seorang yang warak dan abid, sentiasa menangis di malam hari dan berjuang di siang hari. Biasanya beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari (berpuasa selang sehari). Ibnu Sirin dikhabarkan mempunyai sifat yang baik dimana beliau hanya akan mengatakan yang baik sahaja kepada sesiapa sahaja, sekiranya beliau terdengar tentang umpatan keburukan tentang seseorang maka dia akan menafikan malah akan menceritakan perkara yang baik tentang insan tersebut. Ibnu Sirin adalah insan yang sentiasa mengingati mati, tatkala memimikirkan tentang maut maka seluruh badannya kaku dan mukanya pucat. Pada waktu tengahari,kebiasaannya Ibnu Sirin akan pergi ke pasar dimana banyaknya orang berniaga dan membeli maka beliau akan bertakbir dan bertasbih dengan suara yang lantang. Apabila ditanya tentang perbuatannya itu, beliau menjawab "Kerana pada masa-masa seperti inilah manusia lupa kepada ALLAH". Diantara guru beliau ialah Abu Hurairah, Abu Said Al-Khudri,Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas dan Anas bin Malik.

TAFSIRAN-TAFSIRAN MIMPI IBNU SIRIN

Ibnu Sirin sesungguhnya terkenal kerana ketepatan tafsiran beliau tentang mimpi. Setiap kali orang mengadu tentang mimpi mereka, maka beliau akan menerangkan mimpi mereka dengan baik. Antara peristiwa menarik tentang tafsiran beliau:


Kisah 1

Ada seorang lelaki datang kepada Ibnu Sirin dengan keadaan tergesa-gesa dan cemas. Orang itu berkata " Malam tadi aku bermimpi meletakkan kakiku di wajah Rasulullah s.a.w.". Ibnu Sirin bertanya kepada orang tersebut: "Apakah engkau tidur dengan memakai kasut?". Maka orang itu mengatakan: "Ya, aku berkasut". Lalu Ibnu Sirin meminta orang tersebut membuka kasut dan melihat apakah yang ada didalamnya, lelaki tersebut membuka kasutnya dan melihat di bawah tapak kakinya ada wang dinar bertulis Muhammadurrasulullah".


Kisah 2

Pada suatu hari seorang lelaki datang kepada Ibnu Sirin dan berkata: "Wahai Syeikh, aku bermimpi seolah-olah janggutku menjadi sangat panjang sehingga aku memotongnya, dan aku masukkan ke dalam baju lalu aku jualnya di pasar". Maka beliau menjawab: "bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya engkau ini ialah seorang saksi palsu".


KARYA IBNU SIRIN DAN KEWAFATANNYA

Antara karya beliau yang terkenal ialah TAFSIR AL-ALAM yang membincangkan tentang tafsiran mimpi. Ibnu Sirin meninggal pada 109 Hijrah bersamaan 728 Masihi.

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...