photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Sunday, September 15, 2013

Imam Abu Daud: Penulis Kitab Sunan Abu Daud.




RIWAYAT HIDUP.

Imam Abu Daud atau nama sebenarnya Sulaiman bin Al-Asya'ath bin Ishak bin Basyir bin Syadad bin Yahya bin Imran Abu Daud As-Sijistani dilahirkan pada 202 Hijrah bersamaan dengan 817 Masihi di suatu tempat bernama Sijistan juga disebut sebagai Sistan dan Sagestan yang terletak di Iran. Al Asy'ats bin Ishaq, Ayah Imam Abu Daud, seorang perawi hadits yang meriwayatkan hadits dari Hamad bin Zaid. Tidak hanya itu, saudaranya Muhammad bin Al Asy`ats termasuk seorang yang menekuni hadith dan ilmu hadith.

PERJALANAN ILMU IMAM ABU DAUD.

Dikhabarkan Imam Abu Daud ini sikapnya amat berminat dengan ilmu pengetahuan, diatas minat tersebut maka beliau seringkali duduk bersama para ulama serta berbincang dengan ahli ilmu. Selain itu,beliau juga dikatakan amat suka menjelajah, beliau akan berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk mencari ilmu dan memastikan tentang suatu hakikat. Beliau sudah banyak menjelajah ke seluruh negara diantaranya ialah Hijaz,Khurasan,Syria,Mesir,dan Iraq. Kitab beliau yang paling mashyur dikenali sebagai Sunan Abu Daud, dikarang di Baghdad dan dibentangkan kepada Imam Ahmad bin Hanbal. Kitab beliau bukan sahaja diterima malah dipuji oleh gurunya.

GURU,KEMASYHURAN DAN MURID.

Sebagai seorang perawi hadis,maka Imam Abu Daud mempunyai ramai guru yang tergolong dalam tingkat ulama' diantara guru beliau ialah: Imam Ahmad bin Hambal, Al-Qanabiy, Sulaiman bin Harb, Abu Amr adh-Dhariri, Abu Walid ath-Thayalisi, Abu Zakariya Yahya bin Ma'in, Abu Khaithamah, Zuhair bin Harb, Ad-Darimi, Abu Uthman Sa'id bin Manshur, Ibn Abi Syaibah.

Imam Abu Daud boleh dianggap sebagai salah seorang yang termasyhur di antara Imam-Imam terkemuka seperti Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Bukhari, Imam Muslim, Ibnu Majah dan Ibnu Jarir At-Tabari.

Di samping itu, beliau juga mempunyai murid-murid yang terkenal dan pengikut-pengikut yang mengasihinya dan telah mengambil hadis dari beliau. Antara muridnya ialah: Imam at-Tirmidzi, Imam Nasa'i, Abu Thoyib Ahmad bin Ibrohim Al Baghdady, Abu `Amr Ahmad bin Ali Al Bashry, Abu Bakr bin Abi Daud ( Anak Imam Abu Daud ), dan Muhammad bin Bakr bin Daasah At Tammaar.

KEANEHAN DAN WAFAT IMAM ABU DAUD

Dikhabarkan Imam Abu Daud mempunyai sedikit keanehan dalam perbuatan dan pemikiran beliau dalam berpakaian dimana bagi beliau perkara itu tidak melampaui batas. Contohnya:

Imam Abu Daud mempunyai baju dimana lengannya dibuat sempit sebelah dan luas disebelahnya pula. Apabila ditanya mengapa beliau membuat pakaian sebegitu rupa. Jawab beliau: " Yang luas untuk membawa kitab-kitab manakala yang sempit itu tidak diperlukan. Jika ianya diluaskan juga maka ia merupakan satu pembaziran". Alangkah telitinya Ulama ini dalam falsafah pemikiran sehingga dalam bab berpakaian pun masih dikaji dimana bazirnya. Moga Allah merahmati beliau.

Imam Abu Daud wafat pada hari Jumaat, 16 Syawal 275 Hijrah bersamaan 889 Masihi di Basrah dikala usia beliau 73 tahun dan disolatkan oleh Abbas bin Abdul Wahid Al Haasyimi.

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...