photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Monday, September 23, 2013

Keberanian Abu Bakar As-Siddiq r.a.



Telah dikeluarkan oleh Al-Bazar r.a. sesungguhnya Ali r.a, telah berkata “ Wahai Kaum Muslimin! Beritahulah kepadaku siapakah manusia yang paling manusia?” Mereka pun menjawab: “ Kamu Amirul Mukminin.” Ali r.a pun menafikan dakwaan sahabat-sahabatnya dengan berkata: “ (Tidak, bukannya aku) Adapun aku hanya akan menewaskan orang yang berhadapan denganku dengan tujuan untuk menentangiku. Akan tetapi khabarkanlah kepadaku mengenai orang yang paling berani?” Mereka menjawab: “ kami tidak mengetahuinya. Maka siapakah orang itu?” Ali r.a menjawab: Orang yang paling berani adalah Abu Bakar r.a. Pada hari peperangan Badar, kami telah mempersiapkan tempat teduhan untuk Rasulullah s.a.w. Kami talah bertanya sesame sendiri: “ Siapakah yang akan berada disisi Rasulullah s.a.w. agar beliau dapat melindungi baginda s.a.w. dari ancaman orang-orang musyrikin? Maka demi Allah, tidak seorangpun yang menghampiri baginda s.a.w. melainkan Abu Bakar r.a. yang memegang pedang terhunus di tempat yang setentang dengan kepala Rasulullah s.a.w. dimana tiada seorang musyrik berani untuk mengancam Rasulullah s.a.w. melainkan beliau akan menghunuskan pedang kepada orang musyrik tersebut. Oleh kerana itu, beliau adalah yang paling berani”

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

1 comment:

  1. The Casino - Mapyro
    The Casino 제주 출장안마 is located at 문경 출장안마 6200 Highway 315. It is owned and operated by the Caesars Entertainment 고양 출장샵 Group and operated by Station 통영 출장안마 Casinos. The Casino's 제주 출장마사지

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...