photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Tuesday, September 24, 2013

Pengajaran Surah Al-Isra' ayat 23-24



Menurut Al-Quran Ibu Bapa mempunyai hak mutlak ke atas anaknya, apa sahaja yang dikatakannya adalah arahan yang wajib dipatuhi selagi ianya tidak menyalahi syarak.

Firman Allah:



Maksudnya:

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ah", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." 

Jika dilihat pada ayat diatas hak ibu dan bapa yang perlu dipenuhi oleh seorang anak ialah:

  1. Jangan mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakiti hati dan perasaan mereka walaupun dengan perkataan "Ah"
  2. Jangan sesekali menengking, atau mengasari mereka dengan perbuatan kita.
  3. Bercakaplah dengan mereka menggunakan bahasa yang baik dan sopan
  4. Cintailah dan Kasih kepada mereka dengan sepenuh hati dan merendahkan diri terhadap mereka.
  5. Sentiasa mendoakan mereka agar mereka memperolehi keampunan dan rahmat oleh Allah.


Hadis Nabi berkaitan keutamaan Ibu:

Telah menceritakan kepada kami Rauh berkata; telah mengkhabarkan kepada kami Ibnu Juraij berkata; telah mengkhabarkan kepadaku Muhammad bin Thalhah bin Abdullah bin Abdurrahman dari ayahnya, Thalhah bin Abdullah dari Mu'awiyah bin Jahimah dia telah datang kepada Nabi s.a.w dan berkata; wahai Rasulullah! saya ingin berperang dan saya datang kepadamu untuk meminta pandanganmu. Rasulullah s.a.w bersabda: "Apakah kamu masih memiliki seorang ibu?" Dia berkata; Ya. Lalu baginda bersabda: "Rawatlah dia, sebab syurga itu berada di tapak kakinya" beliau mengucapkannya dua kali, tiga kali, pada tempat yang berbeza-beza, seperti perkataan tersebut.
(Hadis Riwayat Ahmad)

Moga beroleh manfaat.wallahu'alam


Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...