photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Saturday, September 28, 2013

Solat VS Azab Allah: Pilihan kita?



Assalamualaikum w.b.t….

Solat yang seperti kita tahu adalah rukun kedua selepas kita melafazkan kalimah syahadah. Solat ini adalah amalan yang paling wajib kita tunaikan didalam seharian hidup kita kerana amalan yang mula sekali dihisab adalah solat. Ibarat rutin kita makan setiap hari, sekiranya xmakan satu hari agak2 kita akan rasa seronok atau rasa xselesa? jawapannya pasti xselesa…begitu juga dengan solat,kerana solat itu adalah makanan kepada jiwa kita . Hanya orang yang punya hati yang lalai akan rasa selesa walhal jiwa kita akan rasa resah kerana Allah tidak memberikan keberkatan dalam hidup kita. Janji Allah sekiranya kita menjaga solat ada dirakamkan didalam FirmanNYA:




Maksudnya:
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi.Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
(Surah Al-Mu’minun: Ayat 9-11)

Lihatlah betapa besarnya ganjarannya atas solat yang kita lakukan, kadang2 solat atas satu waktu 2 paling lama 10 minit, jadi kiraannya mudah 10 minit x 5 waktu = 55 minit sahaja sahabatku. Kita ada masa dalam sehari 24 jam tapi Allah hanya minta jumpa DIA hanya 55 minit, sangat sekejap sahabatku sekalian dibandingkan dengan masa yang kita sia2kan membuat perkara xberfaedah atau bekerja.. Allah.

Sekarang kita lihat pula apa Azab yang Allah akan jatuhkan kepada hambaNYA yang tidak mahu tunduk kepadanya. Firman Allah:


Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
(Surah Al-Munafiqun: ayat 9)

Dalil Quran itu dikuatkan lagi dengan hadis Nabi yang berbunyi:

“Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”.
(Hadits Riwayat Tabrani, sanad sahih)

Wahai sahabat sekalian, marilah kita semua sama2 muhasabah diri dan tunaikanlah solat kita agar kita tidak ditimpa azab yang pedih dari Allah. Satu fakta yang kita perlu tahu bahawa kita sebenarnya lebih teruk dari Iblis jika kita tidak solat, mengapa? Sebab Iblis sujud pada Allah tapi dia hanya xnak mengakui tentang penciptaan Nabi adam….jadi anda fikirkan sendiri jika anda tidak suka solat. Wallahu’alam.

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

1 comment:

  1. Tapi still.. ramai oang yg buat sikap sambil lewa nak solat..
    harap Allah sentiasa mmberi hidayah dan taufik nya aminn

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...