photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Friday, October 18, 2013

Dakwah Nabi: Surat Nabi kepada Heraclius (Kaisar Rumawi Timur)

Surat Rasulullah kepada Raja Heraclius atau Kaisar Rumawi Timur ini telah dihantar melalui utusan (sahabat) yang bernama Dihyah bin Khalifah Al-Khalby. Kandungan isi surat ini berbunyi:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang,

Dari Muhammad bin Abdullah utusan Allah, kepada pembesar Rumawi, kesejahteraan kepada orang mengikut jalan Allah. Ada pun daripada itu, maka saya menyeru tuan untuk masuk agama Islam. Jika tuan masuk Islam, beerti menyelamatkan diri tuan dan tuan memperolehi dua pahala, dan jika tuan menolak, maka tuan akan memikul segala dosa rakyat tuan.

Wahai Ahlul Kitab, marilah kamu sama berpegang kepada kalimah yang tidak ada perbezaan di antara kita, iaitu kita tidak menyembah selain dari Allah, kita tidak mempersekutukanNya, dan tidak mengangkat sebahagian dari kita menjadi Tuhan bagi yang lainnya. Apabila mereka berpaling, maka kamu katakanlah kepada mereka, saksikanlah bahawa kami adalah orang yang patuh.


Tindak balas dari Raja Heraclius:

  1. Meminta pendapat sahabat ( Abu Sufyan bin harb) yang ketika itu berada di Syam tentang Nabi Muhammad.
  2. Memanggil pendetanya dan kaum kerabatnya.
  3. Ditolak oleh anak saudaranya dan para Rahib.
  4. Menolak surat itu dengan baik dan mengirim hadiah kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Sumber: "Hayatus Sayyidil Arab" karangan Husin Abdullah Basalamah.

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...