photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Friday, October 18, 2013

Hikmah Turunnya Al-Quran kepada Masyarakat. (Bahagian 1)



Al-Quran telah diturunkan selama 22 tahun kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Jibril bermula di Gua Hira’ hinggalah ke Madinah. Sepanjang penurunan Al-Quran atau wahyu, telah banyak hikmah yang telah dilihat asbab daripada penurunan dan bimbingan dari wahyu Al-Quran, antaranya:

1. Pengislahan Aqidah.

Al-Quran bukanlah kitab pertama yang diturunkan oleh Allah untuk umat Manusia, sebelum kedatangan Islam manusia terlebih dahulu menerima pelbagai kitab samawi yang kita kenali seperti Zabur  (Nabi Daud a.s), Taurat (Nabi Musa a.s), dan juga Injil (Nabi Isa a.s). Permasalahan yang ada pada kitab-kitab ini ialah ia diturunkan secara terus dan diberikan kepada Rasul sebelumnya untuk diterangkan kepada umatnya. Jadi secara logiknya, sukar untuk umat pada zaman itu untuk memahami semua yang ada di dalam kitab tersebut. Faktor lain yang dapat dilihat di sini ialah penukaran ayat-ayat di dalam kitab-kitab ini yang menyebabkan ajarannya menyimpang dari perkara yang sebenar kerana tangan-tangan penulis dikalangan rahib dan pendeta mereka. Di dalam masalah yang lain, umat pada zaman dahulu juga mempercayai tentang paganism di mana mereka mempercayai akan kekuasan “ Tuhan Alam” di mana terbentuknya berhala-berhala.

Dengan turunnya Al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w memberikan satu impak kepada pemikiran masyarakat pada zaman itu yang mana mereka selama ini mempercayai “ Tuhan” buatan mereka. Perkara yang terkandung di dalam pengajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad ini mempunyai persamaan dengan agama samawi sebelumnya dan menyekat kebanyakkan amalan yang ada pada zaman itu. Ini dapat dilihat melalui firman Allah:


Maksudnya:
Benda-benda yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan datuk nenek kamu menamakannya. Allah sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsunya. Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka.
(Surah An-Najm: ayat 23)

Penyataan yang dibuat oleh firman Allah didalam Al-Quran sekaligus menidakkan akan kekuasaan selain Allah dan di dalamnya juga diajarkan tentang Allah itu tunggal atau esa. Firman Allah:


Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
(Surah Al-Ikhlas: ayat 1-4)

Jadi dengan firman tersebut dapat dilihat bahawa Al-Quran itu membawa kepada Pengislahan Akidah kepada masyarakat luar umumnya dan masyarakat Islam khususnya.

Wallahu'alam.


Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...