photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Saturday, March 8, 2014

Pembandingan Agama, Wuduk: Pandangan Al-Quran dan Bible Old Statement.

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini penulis ingin berkongsi dengan sahabat sekalian tentang wuduk dari pandangan Al-Quran dan juga Bible. Pandangan ini adalah hasil penelitian penulis terhadap Al-Quran dan juga Bible. Mari kita lihat terlebih dahulu wuduk mengikut ajaran Islam:

Definisi Wuduk

Dari segi istilah syara' Wudhu’ adalah nama bagi perbuatan membasuh anggota tertentu, dengan niat tertentu dan mengikut cara tertentu.

Rukun-Rukun Wuduk

  1. Berniat ketika membasuh wajah
  2. Membasuh wajah
  3. Membasuh kedua tangan hingga ke siku
  4. Mengusap sebahagian kepala
  5. Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali
  6. Tertib, atau berturutan dari awal sampai akhir.
Dalik tentang wuduk dapat dilihat didalam firman Allah:

Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.
(Surah Al-Maidah: 5: 6)

Sunat-Sunat Wuduk
  1. Membaca Basmallah
  2. Membasuh kedua-dua telapak tangan sebelum mencelupkannya kedalam bekas air.
  3. Berkumur-kumur dan istinsyaq ( memasukkan air ke dalam rongga hidung)
  4. Mengusap seluruh kepala
  5. Mengusap kedua belah telinga luar dan dalam dengan air yang baru.
  6. Menyela-nyela janggut yang tebal
  7. Membersihkan celah-celah jari tangan dan kaki
  8. Mendahulukan bahagian yang kanan daripada kiri.
  9. Bersambung-sambung.
Tambahan: Doa selepas wuduk


Melihat perkara diatas, kita telah melihat bagaimana tuntutan berwuduk itu dianjurkan didalam Islam, mari kita lihat pula berkenaan wuduk yang ada didalam kitab bible:

Didalam kitab Keluaran, Bab 30, ayat 19-21

" Harun dan anak-anaknya mesti menggunakan air untuk membasuh tangan dan kaki, sebelum masuk ke khemah atau mendekati mazbah ( tempat ibadat israel) untuk mempersembahkan persembahan makanan.Dengan demikian mereka tidak akan dibunuh.Mereka mesti membasuh tangan dan kaki supaya mereka tidak mati. Peraturan ini mesti ditaati mereka dan keturunan mereka selama-lamanya".

Didalam kitab Keluaran, Bab 40, ayat 31-32

" Musa, Harun, dan anak-anaknya membasuh tangan dan kaki disitu, bila-bila sahaja mereka masuk ke dalam khemah Tuhan atau mendekati mazbah (tempat ibadat israel), sebagaimana yang diperintahkan oleh Tuhan"

Melalui 2 ayat diatas, maka dapat dilihat bahawa menyucikan bahagian badan yang tertentu untuk beribadat adalah tuntutan warisan bagi Rasul terdahulu dan dianjurkan kepada umat mereka, maka disini kita sebagai orang yang mempelajari ilmu dapat melihat bagaimana keadaan sebenar yang diterangkan didalam kitab Bible berkenaan hukum-hukum yang segelintirnya ada kaitan dengan hukum didalam Al-Quran. Jadi, sangat jelas siapa yang mengikut jalan kebenaran yang dianjurkan oleh Allah dan siapa yang tidak. Moga nukilan ini membuka mata para insan yang ingin memperjuangkan agama agar mencari persamaan terlebih dahulu sebelum mencari perbezaan semata-mata sehingga saudara kita yang bukan Islam menjauhi Islam. Wallahu'alam.



Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...