photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Friday, March 7, 2014

Wasiat Hasan Al-Banna: Bersama hayatinya.

Assalamualaikum w.b.t.

Saudaraku,
Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari semalam, dan impian hari ini adalah kenyataan di hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat wujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meskipun fenomena kerosakan dan kemaksiatan menyelubungi mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan kuat selamanya.

Firman Allah:



Maksudnya:
Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu,dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya).Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu, serta hendak memperlihatkan kepada Firaun dan Haman bersama-sama tentera mereka apa yang mereka bimbangkan dari golongan yang tertindas itu.
(Surah Al-Qasas: Ayat 5-6)

Putaran waktu akan memperlihatkan kepada kita peristiwa-peristiwa yang mengejutkan dan memberikan peluang kepada kita untuk melakukan sesuatu. Dunia akan melihat bahawa dakwah kita adalah hidayah, kemenangan, dan kedamaian, yang dapat menyembuhkan umat dari rasa sakit yang sedang dideritanya. Setelah itu tibalah giliran kita untuk memimpin dunia, kerana bumi tetap akan berputar dan kejayaan itu akan kembali kepada kita. Hanya Allah harapan kita satu-satunya. Bersiap dan lakukannya, jangan menunggu datangnya esok hari, kerana mungkin engkau tidak boleh berbuat apa-apa di esok hari. Kita memang harus menunggu putaran waktu itu, tetapi kita tidak boleh berhenti. Kita harus terus berusaha dan terus melangkah, kerana kita memang tidak mengenal kata "berhenti" dalam berjihad.


Maksudnya:
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
(Surah Al-Ankabut: ayat 69)

Hanya Allah zat yang Maha Esa, bagi-Nya segala puji.

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...